Ahad, 26 Januari 2014

PERSATUAN JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH ( JIHAD ) MALAYSIA
Unknown6:32 PG 1 comments

MUQADDIMAH


PERSATUAN JEMAAH ISLAM & HALAQAH DAKWAH 
(JIHAD) MALAYSIA.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala Puji-Pujian Bagi ALLAH Pemilik Sekalian Alam.
Selawat dan Salam atas junjungan kita 
Sayyidina 
Mursyidil Kamil Rasulullah SAW.

SEKILAS PANDANG
 Banyak jemaah di dunia yang tumbuh dengan membawa ideologi perjuangan yang tersendiri khususnya di nusantara yang rata-rata mendukung bendera syiar dalam skala yang lebih menjurus kepada keilmuan semata-mata sehingga perdebatan demi perdebatan seringkali dianjurkan dalam membahaskan posisi pengetahuan mereka mengikut perspektif diri masing-masing.
  Dari dulu sehingga sekarang, perbahasan tentang isu & hukum yang sama tidak pernah selesai malah semakin menemui ranjau yang membuntukan. Mangsanya adalah masyarakat awam yang keliru di sempadan amal untuk memilih cara hidup beragama sehingga di kalangan mereka mengeluh bingung memikirkan betapa agama itu sangat susah sekali untuk diamalkan. Kesudahannya mereka lari dari agama yang berpunca dari kemaharajalelaan & percakaran golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama'.

KENALI PERSATUAN JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH ( JIHAD )

JIHAD adalah singkatan dari Jemaah Islam dan Halaqah Dakwah iaitu (J) singkatan perkataan Jemaah, (I) singkatan perkataan Islam, (HA) singkatan perkataan Halaqah dan (D) singkatan perkataan Dakwah. 
               
Perkataan JEMAAH berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud Persatuan. Skala Jemaah di sini lebih memfokuskan kepada Komuniti masyarakat majmuk yang beragama ISLAM. Perkataan HALAQAH juga berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud Kumpulan atau sinonimnya USRAH. Dalam terjemahannya di sini lebih memberi pengertian kepada kumpulan pergerakan DAKWAH.  
                
( Syeikh Dr. Wan Muhammad Khari Bin Haji Wan Ismail )
[ PENGASAS PERSATUAN JIHAD ]
Kesimpulannya, maksud PERSATUAN JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH dapat dirumus sebagai Wadah Penyatuan dan Perpaduanyang berasaskan Ukhuwwah dan Silaturrahim sesama umat Islam melalui Penyelidikan dan Pembangunan Sains Dakwah yang berlandaskan Iktiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah sebagai ukuran dan pegangan terhadap Kesatuan dan Pergerakan Alternatif umat Islam di Malaysia.
               
Alhamdulillah, JIHAD Malaysia telah berjaya DIDAFTARKAN secara RASMI dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Logo JIHAD Malaysia

















Lencana JIHAD Malaysia

















Bendera JIHAD Malaysia

















Surat Kelulusan daftar JIHAD Malaysia

















Sijil JIHAD Malaysia

















Keahlian JIHAD Malaysia kini dibuka untuk pendaftaran

















Untuk Maklumat lanjut tentang (JIHAD) Dan mengdaftar Ahli Klik:http://jihadmalaysia.blogspot.com

(LOKASI KE RAUDHAH AS-SUFFAH)





Ahad, 12 Januari 2014

-PROGRAM TERKINI-(MAULIDUL RASUL -RIYADAH AR-RUKYA-)
Unknown3:46 PTG 0 comments


:: PROGRAM TERKINI 1435HIJRIAH ::( MAJLIS AR-RU,YA)

Bersempena Hadirnya Bulan Rabiulawal yaitu BULAN kelahiran KEKASIH kita BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.Program MAJLIS RIYADAH AR-RU,YA akan diadakan di RAUDAH AS-SUFFAH.Program ini terbuka kepada sekalian UMAT RASULULLAH SAW Muslimin dan Muslimat yang MENCINTAI RASULULLAH SAW.Di dalam PROGRAM ini Para MUHIBBIN RASULULLAH SAW akan dibekalkan Dengan AMALAN-AMALAN Khusus yang menjadi AMALAN Para Ulama Silam Bagi MENGABULKAN hajat mereka untuk bertemu baginda RASULULLAH SAW didalam MIMPI mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------
PENYERTAAN:
TERBUKA KEPADA seluruh MUSLIMIN ( UNTUK MENGIKUTI SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA)

TARIKH:17-24 JANUARI 2014
(BERSAMAAN 15-22 RABIULAWAL 1435 H )-7 hari 6 malam bagi yang mahu mengikuti sepenuh masa-

BERTEMPAT: RAUDAH AS-SUFFAH
Lot 794 Kutan Hilir,16250 Wakaf Bharu,
Kelantan Darul Naim,Malaysia(BELAKANG MASJID WAN ALI KUTAN)

PENGDAFTRAN/PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI/SMS:
019-2675 838
012-9582 286
014-5312 317
019-9458 063

PENGDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!

(Bagi yang hanya Mahu mengikuti Separuh Masa boleh hubungi No. yang diberikan untuk berbincang mengenai masa..HARAP MAKLUM)
----------------------------------------------------------------------------------------------
( Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 ) –HADIS HASSAN SAHIH )

Rabu, 1 Januari 2014

[ MOTIVASI ] AKU DAN MATLAMAT
Unknown7:04 PG 0 comments

 {MOTIVASI}


AKU DAN MATLAMAT

MATLAMAT?Adakah aku mempuyai  matlamat?Jika ya,Apakah matlamat Aku?Sahabat,tenangkan sejenak fikiran anda?Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan satu unsur yang amat berkaitan dengan kesempurnaan,kecemerlangan hidup anda.Berkomunikasilah dengan diri anda dengan menjawab persoalan tersebut



Matlamat ialah sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai oleh seseorang individu.Persolannya,adakah anda mempuyai matlamat?! Sebelum anda menjawab persoalan ini,perlu diketahui segala tingkahlaku dan tindakan manusia  berarahkan untuk merialisasikan matlamat keperluan masing-masing.

-Matlamat mempuyai dua sifat- :

Pertama : Matlamat Tidak Sedar
Kedua    : Matlamat sedar

  Apakah yang dimaksudkan matlamat tidak sedar dan
matlamat sedar?Matlamat Tidak Sedar,seumpama matlamat anda makan tengahari untuk mengeyangkan perut.Makan bermatlamat untuk menghilangkan lapar(keperluan fisiologi ) serta mendapatkan tenaga.Ini bermaksud Matlamat Tidak Sedar terbentuk tanpa anda sedari dan tidak dirancang.Manakala matlamat sedar hasil daripada komunikasi  didalam diri anda sendiri secara sedar dan dirancang pembentukannya.Contoh,anda meletakkan matlamat 10A dalam SPM.

  Apakah matlamat Aku?Tanyalah diri anda dengan
teliti,selongkarlah perkara ini dengan berhati-hati,mencari matlamat sedar diri anda sendiri.Adakah anda juga begitu?!Sahabat,cuba senaraikan semua matlamat hidup anda dengan serta merta,sekiranya anda benar mahu membangunkan diri anda kearah kecemerlangan!Adakah matlamat anda bersifat tepat ,jelas dan harmonis?

  Tepat! Tepat maksud pembinaan matlamat hidup anda adalah bersesuaian dengan keadaan,keperluan,kekuatan dan kelemahan diri anda.Matlamat anda juga bertepatan dengan kecenderungan  dan minat anda.Unsur ini penting bagi memastikan anda tidak merasa jemu dan membuatkan anda berasa semangat.Contohnya aku ingi n menjadi seorang Doktor kerana minatku dalam bidang biologi.

 
Jelas! Matlamat matlah berbeza dengan angan-angan.Matlamat jauh dari  unsur kekaburan dan khayalan.Matlamat mestilah bersifat realistik,boleh diukur dan dijelaskan dengan terperinci.Kejelasan matlamat menjauhkan diri anda dari kehilangan arah dan mengatur strategi bagi merealisaikan matlamat anda.Sebagai contoh  matlamat Aku pada  tahun ini ingin mendapat  A dalam semua subjek.

  Harmonis! Matlamat yang anda bina ini pastikan itu tidak menekan jiwa dan metal anda.Matlamat anda bersifat sederhana dan mampu dicapai dan bersifat tenang.Kepentingan unsur ini ,matlamat yang anda bentuk dapat dicapai dengan sempurna  dan dengan keseluruhan tanpa ada kecacatan.Ini juga dapat mengelakkan anda berasa tertekan dan kecewa.Namun,keharmonian matlamat tidak bermaksud anda tidak boleh membina matlamat yang tinggi atau besar.

 
Ketiga-tiga unsur ini membantu diri anda untuk menyusun matlamat anda gar lebih bersisitematik dan menyeronokkan. Dan apa yang paling penting adalah berusaha merangka  dan melaksanakan strategi.Bukan sekadar membina matlamat.


(E-magazine Majalah 3-i) Edisi Safar

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.