Ahad, 8 September 2013

SUFI RYU NINJUTSU(SENI BELA DIRI NINJA ALIRAN SUFI)
Unknown7:51 PTG 0 comments

Sufism martial art academy-
malaysia-(smac)-

SUFI RYU NINJUTSU(SENI BELA DIRI NINJA ALIRAN SUFI)

SHINOBI-NINJA Silibus Alternatif Seni Gerak Rahsia Batin (SILAT SUFI) yang terdapat di dalam Sufism Martial Arts Academy (SMAC) ialah Sufi Ryu Ninjutsu (Seni Beladiri Ninja Aliran Sufi). Rahsia-rahsianya dimasukkan di dalam Panji - Seni Tempur Taktikal sebagai pendedahan kepada ikhwan terhadap teknik-teknik sulit yang lazimnya diguna pakai oleh para ninja atau sekarang sebahagiannya telah diterapkan ke dalam pasukan-pasukan elit komando dsb. Bagaimanapun, Sufi Ryu Ninjutsu yang mana ia merupakan satu-satunya aliran yang terdapat di (SMAC) MALAYSIA punyai keunikan yang tersendiri yang tidak terdapat dalam mana-mana aliran ninja lain di dunia. Ini kerana sifat SUFI yang diterapkan di dalamnya menghasilkan nilai seni yang tersendiri yang berakar kepada prinsip-prinsip spritualisme.
(Sensei Sufi Ryu Ninjutsu( Bertopeng )-Guru Utama SMAC Malaysia-  bersama
 Sensei San Moon Nakamura- Guru Utama NIC Indonesia- )
Secara umumnya, Ilmu dari para pendekar Ninja terbahagi kepada 19 TEKNIK yang harus dikuasai oleh seseorang Ninja. ini yang membezakan keahlian seorang Samurai dan Ninja. Untuk menjadi seorang Samurai mereka di wajibkan menguasai 6 hingga 8 jutsu sahaja.

1. SEISHIN TEKI KYOYO (pemurnian jiwa)
Ninja sangat mengandalkan pemahaman dan pengenalan jati diri, tenaga fizikal, kekuatan dan kelemahan diri, serta seberapa besar daya pengaruh dirinya terhadap lingkungan persekitaran. Seorang ninja harus mengetahui dengan tepat dan benar maksud, kehendak, komitmen dan motivasi hidupnya. Perbezaan kecil sahaja dalam tingkat kematangan jiwa dapat membezakan antara hidup atau mati. Latihan daya tahan mental, cara melihat dan menganalisa keadaan diberikan bersamaan dengan pelatihan fizikal. Dengan pemahaman dan penghayatan yang dalam terhadap proses universal, seorang ninja akan menjadi seorang pendekar yang bijak, berjiwa kental kerana memiliki pengetahuan yang didasari falsafah yang tinggi. Penglibatan ninja dalam suatu pertarungan sering dimotivasikan oleh niat untuk melindungi dan kecintaan bagi yang dilindungi. Tidak dibenarkan terjadi seorang ninja bertarung kerana semata-mata atas alasan ganjaran kewangan.

2. TAI JUTSU (tempur tangan kosong)
Merupakan panduan ilmu keterampilan dan keahlian yang merangkumi:
1) DAKEN-TAIJUTSU : iaitu kemahiran memukul, menendang dan menangkis.
2) JU-TAIJUTSU : iaitu gumul (grappling), cekik dan melepaskan diri dari kuncian.
3) TAIHEN-JUTSU : ilmu gerak tanpa suara meliputi kaedah berguling, melompat dan jatuh. Kemahiran ini diperlukan pada saat terancam atau pada situasi bertahan.

3. NINJA KEN (pedang ninja)
Pedang seorang ninja merupakan pedang pendek lurus bermata tunggal. Pedang ini merupakan senjata utama seorang ninja. Untuk menggunakan pedang ini dituntut dua keahlian utama Iaitu:
1) ilmu menarik pedang dengan cepat namun halus gerakannya sekaligus menghayunnya untuk memotong,
2) keahlian setangkas bermain anggar saat berlawan dengan musuh.

4. BO JUTSU (jurus tongkat dan bilah)

Terdapat dua (2) tongkat yang digunakan iaitu :
1) BO (tongkat panjang) – sekitar dua (2) meter
2) HANBO (tongkat pendek) – sekitar satu (1) meter.
Terdapat juga senjata dari bilahan buluh yang apabila dibuka di dalamnya ada mata pedang yang sepintas kelihatan seperi tongkat biasa sahaja.

5. SHURIKEN JUTSU (kepingan senjata lempar)
Terdapat dua bentuk alat yang digunakan sebagai ilmu melempar senjata ke arah musuh iaitu :
1) SENBAN SHURIKEN – Kepingan besi dengan mata tajam yang bersisi empat seperti bintang. Senban shuriken dilempar sambil diputar dan berpusing sehingga dapat menancap dengan efek gergaji.
2) BO SHURIKEN – Alat menyerupai paku lempar yang dilempar dengan cepat satu persatu atau bersamaan beberapa bilah hingga terlihat seperti kilatan jarum terbang.

6. YARI JUTSU (jurus tombak)
Tombak digunakan dalam pertarungan jarak sederhana untuk menangkis dan meredam serangan dari lawan.

7. NAGINATA JUTSU (jurus pedang bertongkat)
Merupakan sebuah pedang pendek yang ulunya dibuat panjang seukuran tombak. Ia lazim digunakan oleh para ninja untuk menikam, membelah dan memotong lawan yang berada dalam jarak sederhana. Aliran Ninja Togakure menggunakan golok atau pedang besar dari China. Ia digunakan untuk menyerang para samurai dan merobohkan tentera berkuda.

8. KUSARI GAMA (jurus rantai dan bandul)
Berupa rantai sepanjang dua (2) hingga tiga (3) meter yang diberi bandul pada salah satu hujungnya. Pada hujung yang lain dikaitkan pada ulu arit tradisional jepun. Rantai digunakan untuk menangkis serangan senjata lawan. Sedangkan bilah arit akan dipakai untuk menghabisi lawan yang sudah terjerat. Senjata rantai dan bandul yang disukai oleh para ninja aliran Togakure adalah kyoketsu-soge iaitu pisau lengkung yang ulunya dipasangi tali halus dari rambut kuda atau rambut perempuan manakala hujung tali yang satu lagi diberi cincin besi besar.

9. KAYAKU JUTSU (Ilmu peledakan dan pembakaran)
Para ninja sangat ahli dalam penempatan, waktu, merakit dan pemasangan sistem penghancur samada ia menggunakan sistem peledakan atau pembakaran.

10. HENSO JUTSU (ilmu menyamar dan membaur)
Ilmu ini sangat diperlukan pada saat melakukan mata-mata atau perisikan. Selain mahir membuat identiti palsu dan mengalihkan perhatian orang, ninja juga dikenal bergerak tanpa dapat dikesani.

11. SHINOBI IRI (Ilmu mengintai dan menyusup)
Ilmu ini mengajarkan cara bergerak, berjalan dan lari tanpa mengeluarkan bunyi. Ia termasuk kemampuan berjalan dan berlindung di bawah bayangan benda lain.

12. BA JUTSU (Ilmu berkuda)
Salah satu persyaratan bagi anggota ninja adalah mampu bertempur di atas belakang kuda selain daripada kemampuan menunggang kuda dengan cara yang baik dan benar dalam segala keadaan dan medan. Ilmu ini sekarang boleh dikaitkan juga sebagai kemampuan mengenderai segala jenis kenderaan samada kereta, motorsikal dan sebagainya. Malah lebih dari itu mampu memanipulasikan kenderaan tersebut bagi tujuan serangan dan pertahanan dalam pertempuran dengan musuh.

13. SUI REN (ilmu tempur di dalam air)
Meliputi teknik mengintai dengan cara berenang, bergerak tanpa bunyi di dalam air, cara menggunakan perahu khusus / rakit dan alat apungan untuk mengembang di atas air serta teknik perkelahian di dalam air.

14. BO RYAKU (ilmu strategi)
Merupakan ilmu menggunakan taktik yang tak lazim digunakan dalam keadaan bertahan mahupun saat berada dalam pertarungan terbuka. Sering seorang ninja memanfaatkan kondisi dan situasi iklim sekitar untuk melaksanakan misinya tanpa perlu terlalu banyak menggunakan kerahan tenaga sendiri.

15. CHO HO (ilmu mata-mata/perisikan – spionase)
Mendalami dan memahirkan teknik spionase termasuk cara merekrut dan menempatkan orang yang digunakan sebagai mata-mata dengan cara yang paling efektif. Seiring dengan zaman, mereka juga sering memanfaatkan peralatan dengan teknologi semasa dan terkini dalam menjayakan misi mereka.

16. INTON JUTSU (teknik meloloskan diri dan menghilang)
Ninja terkenal dengan kepandaiannya untuk melolos tanpa dapat dikesan dengan bantuan kondisi dan situasi alam sekitar.

17. TEN MON (Meteorologi)
Memprediksi atau meramal dan memanfaatkan cuaca dan musim merupakan bahagian penting yang harus diperhitungkan dalam pertarungan. Seorang ninja dilatih terus menerus untuk membaca tanda-tanda alam sampai yang paling kecil supaya dapat memperhitungkan keadaan, cuaca malah menang / kalah dalam sesuatu pertempuran. Dalam SMAC, mereka akan di bekalkan dengan ilmu-ilmu firasat dan petua orang-orang terdahulu sehingga ia akan sangat bermanfaat sebagai pedoman menghadapi lawan malah kehidupan keseluruhannya.

( Mahir Dalam Mengatur & Menyusun Strategi )
18. CHI MON (Geografi)
Merupakan teknik pemanfaatan dan pengolahan alam.

19. KUJI-IN (ilmu kunci sembilan)
Dalam pemahaman sebenar Kuji-in boleh di sifatkan sebagai ilmu kebatinan aliran ninja. Bagaimanapun, di SMAC keilmuan itu diterapkan dalam versi ilmu hikmah yang bertepatan dengan prinsip kesufian. Dengan demikian maka lengkaplah sebuah perpaduan ilmu Sufi Ryu Ninjutsu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual.

( Sesi Latihan di Pusat Latihan (SMAC) MALAYSIA )

( Ahli Sufi Ryu Ninjutsu Berpakaian  lengkap Uniform  Rasmi Sufi Ryu Ninjutsu --
SMAC-MALAYSIA)

          “ HIDUP SEBAGAI MUJAHIDIN MATI SEBAGAI SEORANG SYUHADA “


 SELAIN daripada  SENI BELADIRI ALIRAN NINJA -SUFI RYU NINJUTSU-SUFISM MARTIAL ARTS ACADEMY MALAYSIA (SMAC) turut MERANGKUMI beberapa ALIRAN SENI BELADIRI yang UTAMA seperti SENI SILAT SUFI,WING CHUN,MUAY THAI dan LAIN-LAIN lagi.


KLIK UNTUK:-SENI SILAT SUFI

KLIK UNTUK:-WING CHUN

KLIK UNTUK:-MUAY THAI( TOMOI )

Sebarang Pertanyaan Lanjut:
Boleh menghubungi:013-6503411
                                 019-9467527
atau Emel kami:Syababassuffah@gmail.com 
facebook:syababassuffah
{TERBITAN} EXTRO PUBLICATIONS COLUMNIST 3-I E-MAGAZINEFacebook and Twitter

0 comments

Catat Ulasan

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.