Ahad, 29 September 2013

(SIRAH SAHABAT RASUL) KISAH KEHEBATAN KEBERANIAN PEMUDA ABDULLAH IBNU ZABIR RADIYALLAHU A'NHU
Unknown9:38 PTG 0 comments

KISAH KEHEBATAN KEBERANIAN PEMUDA 
ABDULLAH IBNU ZABIR RADIYALLAHU A'NHU

(sekadar gambar hiasan)
Pada tahun 20 sebelum hijrah  Usman Radiyallahu A'nhu,Khalifah yang ketiga telah melantik Abdullah Bin Abi  Sarah radiyallahu a'nhu sebagai gabenor Mesir dan Amir bin Alas sebagai timbalanya. Abdullah radiyallahu a'nhu bersama 20 ribu orang mujahidin mara kehadapan untuk bertemu para tentera Romawi yang berjumlah 200 ribu orang.Peperangan ini amatlah dasyat sekali.Panglima tentera Romawi yaitu Jarjir telah membuat satu pengistiharan dengan berkata:

''Sesiapa yang membunuh Abdullah akan mendapat anak perempuan saya untuk dikahwin serta mendapat hadiah wang sebanyak seratus ribu dinar''

 Sesetengah orang-orang Islam tertarik dengan pengistiharan itu ,apabila Abdullah  radiyallahu a'nhu  telah diberitahukan tentang perkara tersebut  beliau telah berkata ''Tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh kita 
kerana kita boleh mengistiharkan bahawa sesiapa yang membunuh Jarjir akan mendapat hadiah berkahwin dengan anak perempuannya,seratus ribu dinar sebagai hadiah dan melantik sebagai gabenor di Romawi''.

Pertempuran ini amat dasyat sehingga berlarutan dalam masa yang panjang.Abdullah  radiyallahu a'nhu telah berjaya mengesan Jarjir yang sedang duduk di belakang tenteranya dibawah sekaki payung yang diperbuat dari bulu-bulu burung merak yang dipegang oleh dua orang hamba perempuan.

Abdullah  radiyallahu a'nhu berseorangan diri merentasi tentera Romawi itu dan mendekati Jarjir.Beliau menyerang Jarjir dengan pedangnya dan terus memancung kepalanya.Kemudian dia meletakkan kepala Jarjir di hujung lembingnya dan kembali ke khemahnya dan menjadikan ketakjuban bagi kedua-dua belah pihak akan keberanian yang tiada tandingan itu.

Suatu masa,apabila para sahabat berhijrah ke madinah tiada seorang anak lelakipun yang dilahirkan oleh orang-orang muhajirin selama setahun selepas hijrah.Orang-orang yahudi telah berkata mereka telah menyihir orang-orang muhajir agar tidak melahirkan anak lelaki.

Abdullah radiyallahu a'nhu adalah anak lelaki yang pertama dilahirkan oleh muhajirin mekah.Orang-orang Islam amatlah gembira dengan kelahiran itu .Rasulullah SAW biasanya tidak mengizinkan kanak-kanak mengankat sumpah ketaatan kepada Baginda.Sebaliknya ,Abdullah radiyallahu a'nhu mendapat penghormatan  untuk mengankat sumpah penghormatan mengankat sumpah ketaatan kepada Baginda SAW pada usia tujuh tahun.

Semasa peperangan dengan tentera Romawi itu Abdullah radiyallahu a'nhu hanya berumur dalam linkungan dua puluhan.Sunguh hebat sekali keberanian yang ditunjukkan oleh Abdullah radiyallahu a'nhu yang sepatutnya diterapkan didalam jiwa  oleh para syabab Muslim pada hari ini.




                                                           By-(EXTRO Publication And Media team)
{TERBITAN} EXTRO PUBLICATIONS COLUMNIST 3-I E-MAGAZINEFacebook and Twitter

0 comments

Catat Ulasan

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.