Sabtu, 28 Disember 2013

[KARYA SYABAB] DUHAI SAHABATKU
Syabab Assuffah8:01 PG 0 comments

{KARYA SYABAB}


DUHAI SAHABATKU(NUKILAN MR.B)



Sahabatku,

Iman dan hati manusia itu berbolakbalik.
Andai suatu hari nanti aku diuji dengan diriku sendiri.
Langkahku..
tersasar dari jalan yang benar,
apakah kau akan meninggalkanku sendiri?
Membiarkan aku terus dengan kesesatan?
Sentiasalah bersamaku,sahabat.
Nasihatilah aku dengan hikmah.
Jangan gunakan kekerasan kerana api jika disiram minyak pasti akan membara.
Nasihatilah tanpa menyakiti.
Janganlah kau menghukum,
Mencemuh dan mencaci di belakangku '
Dulu dialah yang mengajak orang berbuatbaik tetapi hari ini dialah yang melakukan kejahatan itu'
Kerana mungkin kau lupa bahawa manusia itu selalu diuji dengan apa yang diperkatakan.
Tidak mustahil kau akan diuji sepertiku jua.


Sahabatku, 

Saat aku terduduk diuji dengan hartaku (ilmu, duit, keluargadll),
Adakah kau akan terus bersamaku?
Memberi kata - kata semangat dan motivasi kerana aku sangat-sangat perlukannya  .
Jika kau tidak mampu memberi harta,cukuplah kau member telingamu sebagai pendengar yang setia.
Mendengar keluh kesahku.
Sentiasalah mengingatkanku untuk mengingati Allah
Supaya Hatiku kembali tenang ketika dugaan hebat menguji.
Seandainya kau tidak mampu untuk terus bersamaku,
tidak mengapa, 
mungkin kau lupa manusia itu pasti akan diuji dengan hartanya.
Bila kau terduduk dengan ujian itu,
Percayalah kau akan mencari-cari sahabat setelah kau mengadu kepada Allah.
Sesungguhnya manusia tidak boleh duduk sendirian di dunia.
Kita memerlukan teman.

NUKILAN: MR.B
(KOLUMNIS 3-I MAGAZINE)


[PENGAIL FAQIR]-DIARI SEORANG PERINDU
Syabab Assuffah7:36 PG 0 comments

-PENGAIL FAQIR-


DIARI SEORANG PERINDU


5.00PM:
 Angin sempoi-sempoi lembut menyentuhi badanku, sentuhannya membelahi potongan rambutku,membuatkan rambutku yang disikat tengah berkusau-kusau seperti lalang ditiup angin. Rambutku mesti disikat tengah,itulah yang diajarkan arwah ibu dulu. Teringat aku akan kata-kata ibuku”Menyikat rambut dengan belah tengah itu sunnah anakku,kita tidak mampu hendak berjuang hanya mengikut sunnah adalah salah satu bukti cinta kita pada "Kekasih" ”. Kekasih!!! itulah Rasullullah S.A.W yang aku maksudkan, Pembela dan Pemyampai Agama Islam.

  Ketenangan yang dapat aku rasakan tatkala berada disawah pada hari ini.Ditambahkan pula,dengan keadaan alam yang Allah Azza Wajalla ciptakan di kawasan sawah,angin-angin meniup pepohon, kicauan burung-burung yang bermain di celah-celah padi ditambahkan lagi dengan keadaan langit yang mendung.Ya Allah sungguh indah ciptaanMU ini. Keadaan  yang cukup sempurna untuk buat aku mengelamun.

Tiba-tiba...
Aku dikejutkan oleh seorang pesawah daripada arah belakang.
Pesawah: Assalamualaikum nak,hai buat apa kat sini petang-petang ni?

Aku: Waalaikummussalam,Oh..Pak Bilal,hehe..tak ada la.saja duduk kat sini sekejap,sambil ambil angin petang yang nyaman dan sungguh tenang.Untuk  hilangkan stress sikit.hehehe(sambil mata memerhatikan sesusuk tubuh yang berada didepanku sekarang,sesusuk tubuh yang sederhana dan penuh comot dengan tanah liat dibadan dan seluarnya,sesusuk tubuh yang baru sahaja selesai bersawah.Hah! Inilah Bilal kampungku, siapa tidak kenal dengan  beliau,orangnya tawadduk dan bersederhana,walaupun sudah tua tetapi masih mampu istiqomah ke sawah dan juga ke masjid).

Pesawah: Mencari ketenangan? Tenang ke?(sambil senyum).Anak,hendak tahu tak apa lagi yang mampu membuatkan kita tenang selain ini?.

Aku: Hehe...boleh jugak. apa tu?kataku(dengan nada yang agak serius untuk mengetahui).

Pesawah: Dengan melihat wajah Kekasih dan maksud Kekasih yang Pakcik maksudkan disini bukan awek-awek hang tau, Kekasih nie adalah Nabi kita dan Junjungan kita NABI Muhammad  S.A.W  tatatkala kita dapat melihat wajahnya hancur segala kebatilan,hilanglah segala keresahan,hilanglah sifat mecintai duniawi.ALLAH! sungguh indah dan beruntung bagi sesiapa yang dapat menatap wajahNYA tidak kira dalam terjaga mahupun didalam  mimpi.Senyuman Baginda SAW mampu membuatkan hatimu damai,keresahanmu hilang diganti kedamaian. ALLAH! wahai anakku cintailah Baginda SAW,carilah wasilahmu,carilah cara untuk dirimu sentiasa didalam pandangan Baginda SAW.Anak tahu bagaimana bentuk tubuh badan NABI MUHAMMAD S.A.W? (sambil memegang bahuku).

Aku: Emm..oo..terima kasih Pak Cik,emm jujurnya saya tak tahu.(sambil wajahku bertukar malu dengan kata-kata Pak Bilal).

Pesawah: emm..tak pa jangan malu-malu belajar dan terus belajar.Nanti balik cari buku Biografi Baginda,dan baca...dalam buku tu ada perihal bentuk tubuh badan Baginda.Baiklah lah ingat pesan Pak Cik ni.Sekarang,dah pukul 6.30 petang nie,pak cik balik dulu ye dan jangan balik lambat,mengelamun jangan lama-lama. Sekejap lagi pergi masjid solat maghrib bersama.boleh kita sambung bual.Satu lagi,sekejap lagi pergi awal tau,tolong laungkan azan, ganti Pak Cik.. Assalamualaikum.

Aku: InsyaALLAH...Waalaikum mussalam.(sambil senyum)


9.00PM:
Setelah pulang daripada masjid terus aku masuk bilik.Dari maghrib sampai sekarang,hatiku masih tertanya-tanya. Bagaimanakah bentuk tubuh badan Baginda SAW? Teringat kata-kata pesawah tadi semasa berborak selepas solat maghrib.Kata beliau”Benda kebaikan jangan kita tangguhkan,nak buat terus buat,jangan tunggu lama-lama,kalau tidak benda tu lama-lama kita tidak akan buat”.
Terus aku bangun daripada katil dan menggagahi diri untuk ke bilik adikku dan meminjam buku ini(BIOGRAFI RASULLULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM) karya Rusydi Ramli Al-Jauhari.


 Aku menatapi buku itu,sehelai demi sehelai aku mencari,sehinggalah terjumpa sebuah hadis perihal bentuk tubuh badan Baginda SAW.Ya, inilah yang aku cari.Aku terbaca sebuah Hadis Baginda SAW.


Maksudnya: Diceritakan oleh Abu Raja’ Qutaibah bin Said daripada Malik bin Anas,daripada Rabi’ah bin Abi Abdul Rahman, daripada Anas bin Malik bahawa sesungguhnya dia mendengar,”sesungguhnya Rasullullah tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah, kulitnya tidak terlalu putih melepak,tidak juga terlalu hitam, rambutnya tidak terlalu kerinting, tidak juga terlalu lurus dan ALLAH melantikNYA sebagai rasul ketika umurNYA 40 tahun, maka beliau berada di makkah 10 tahun, di madinah 10 tahun,dan wafatnya ketika berumur 60 tahun, di kepala dan janggutnya tidak melebihi 20 helai uban.- riwayat bukhari dan muslim-.


“Rasullullah S.A.W adalah seorang lelaki yang berperwatakan sederhana, bahunya bidang, Rambutnya yang lebat mencapai cuping telinganya,bila baginda mengenakan pakaian merah, tiada seorang pun yang pernah aku lihat lebih tampan daripadanya.

(Riwayat oleh Muhammad bin Bashar Al-‘Abdi, dari Muhammad bin Ja’far, dari Syu’bah, dari Abi Ishrad, yang bersumber dari Al-Bara bin Azib r.a)


 YA ALLAH..Sungguh indahnya kekasihMU..Jadikanlah aku seorang umatNYA yang bertuah dan dapat menatap wajah BAGINDA..Amien..terus aku berdoa berulang-ulang kali selepas mengetahui bentuk tubuh baginda. YA RASULLULLAH SAW.. sungguh indah mencintaimu,betapa ruginya umat yang melupakanmu...terusku tidur dengan buku ini sambil mengalir laju airmata ini.






BERSAMA KOLUMNIS: ISTIQOMAH TASBIH















By-(EXTRO Publication) -3-I E-MAGAZINE COLUMNIST



Jumaat, 13 Disember 2013

[DIARI ASSUFFAH] MAJLIS KESYUKURAN AS'SYURA 1435H
Syabab Assuffah11:40 PTG 0 comments

IMBASAN MAJLIS KESYUKURAN AS'SYURA

Sesungguhnya,sebagai seorang hamba yang ingin mendekatkan dirinya dengan Allah SWT dalam meraih Redhanya pentingnya bagi kita memahami akan sebuah konsep kesyukuran di dalam kita mengecapi nikmat Ilahi.Sedar mahupun tidak sedar nikmat Allah SWT itu sentiasa mencurah buat sekalian hambanya tetapi timbul sebuah persoalan adakah kita sebagai seorang hamba sudah benar mensyukuri nikmatnya atau tidak mengambil peduli untuk memahami akan sebuah nilai kesyukuran.

Di dalam Al-quran Allah SWT telah berfirman"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.“(QS. 2:152) berdasarkan ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa akan pentingnya mensyukuri nikmatnya sehingga manfaat yang diperolehi oleh seseorang yang bersyukur itu akan ditambah nikmatnya dan mendapat nikmat yang paling besar yaitu kedekatan hubungannya dengan penciptanya yakni Allah SWT.

Hakikinya,sebuah tuntunan seorang hamba untuk bersyukur sebenarnya adalah sebuah nikmat yang diberi oleh Allah SWT pada hambanya sebagai tanda kasih sayangNya kerana tidak mungkin akan gugur sehelai daun dari dahan melainkan dengan izin Allah SWT, begitulah jugalah kita hambanya tidak mungkin kita dapat mensyukuri nikmatNya melainkan dengan izin Allah SWT Tuhan yang Maha Menyayangi akan sekalian hambanya.Tambahan lagi,didalam kita meimplementasikan sebuah penzahiran kesyukuran bukanlah sebatas hanya di lisan sahaja tetapi juga melalui perbuatan kita seperti yang dijelaskan oleh sebahagianUlama bahawa aplikasi syukur itu terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya dengan badan (bi al-badan), hati, (bi al-qalb) dan harta (bi al-mal).


Justeru itu,sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan beberapa majlis dan program yang telah diadakan di Raudhah Assuffah maka pihak Gagasan Eksplorasi Teknologi Rohani( EXTRO ) telah menganjurkan sebuah majlis mengacau bubur Assyura pada tarikh 30 November 2013 bertempat di Raudhah As-suffah.Alhamdulillah,Majlis ini dihadiri oleh sekalian ikhwan&akhwat Raudhah Assuffah bagi memanifestasikan sebuah kedalaman rasa Cinta dan kesyukuran masing-masing disamping mengeratkan hubungan sillaturahim sesama ahli keluarga Assuffah.



“Jika memang ada suatu cara yang dapat ditiru dalam pengabdian (ibadah) kepada Allah bagi hamba-Nya, yang paling taat, yang lebih baik daripada bersyukur di setiap kesempatan, maka Allah akan menganggap cara pengabdian itu melebihi segala ciptaan yang lain. Karena sesungguhnya, tidak ada bentuk pengabdian yang lebih baik dari pada bersyukur di setiap kesempatan, Dia telah memilihnya menjadi bentuk pengabdian terunggul daripada bentuk-bentuk pengabdian yang lainnya.(Imam Ja’far Ash-shadiq ra.)




















Laporan disediakan oleh:Asror Bayu ( Kolumnis Majalah 3-I )


By-(EXTRO Publication) -3-I E-MAGAZINE COLUMNIST

Khamis, 5 Disember 2013

[KISAH TAULADAN]-KISAH AHLI IBADAH YANG SERING MURUNG
Syabab Assuffah7:00 PG 0 comments

KISAH AHLI IBADAH YANG SERING MURUNG


(sekadar gambar hiasan)
Abu Yazid Al Busthami adalah seorang pelopor sufi, pada suatu hari beliau pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu.

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah terlepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji.

Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana,"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah ekspresi wajahmu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.

Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

(إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ)


"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan.Tetapi agama Islam mengajar penganutnya bersikap bersederhana dalam setiap hal termasuk dalam penampilan diri.Aspek bersederhana ini pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW didalam hadis yang bererti:

Bersabda Rasulullah SAW-“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi) 


Baik dalam berpakaian, menghiasi tubuh mahupun dalam pelbagai aspek kehidupan.Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengenakan diri Baginda dengan jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih dan kemas.

Sayyidina Umar bin Khattab RA walaupun jawatannya sebagai seorang kalifah umat Islam,Beliau menhiasi dirinya dengan pakaiannya yang sangat sederhana.Tetapi penampilanya selalu dijaga agar sentiasa dalam keadaan kemas dan rapi.

Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengukir senyuman cinta.Raut wajahnya berseri tanda manifestasi kedekatannya dengan Allah SWT.

By-(EXTRO Publication) -3-I E-MAGAZINE COLUMNIST-




PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.