Khamis, 3 Oktober 2013

(DIARI SYABAB AS-SUFFAH) BERSELAWAT DI MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA ISTANA KELANTAN
Unknown6:00 PTG 0 comments








BERSELAWAT DI MAJLIS PERKAHWINAN

           DIRAJA ISTANA KELANTAN





   Ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU beriring DOA KEBERKATAN buat ADINDA SULTAN KELANTAN DARUL NAIM; YANG AMAT MULIA TENGKU AMALIN A'ISHAH PUTRI PETRA
(29) atas pernikahannya dengan ANAK SAUDARA SULTAN BRUNEI DARUS SALAM; YANG AMAT MULIA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI (39). Setelah DIIJABKABULKAN, pasangan ini telah DISANDINGKAN dengan GILANG-GEMILANG mengikut ADAT ISTIADAT KELUARGA DI RAJA pada 19 SYA'ABAN 1434H / 28 JUN 2013 (JUMAAT) di  DEWAN JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA, ISTANA MAHKOTA KUBANG KERIAN. Kedua MEMPELAI memakai PERSALINAN HIJAU LEMBUT dalam meraikan HARI BERSEJARAH tersebut dengan dihadiri para tetamu DALAM & LUAR NEGARA.
  Sekalung PENGHARGAAN buat PUTERA2 AS-SUFFAH yang telah diberi PENGHORMATAN dalam UNDANGAN pihak ISTANA untuk MEMBERKATI sepanjang MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA dengan ALUNAN2 SELAWAT sebagai SIRAMAN SYAFA'AT JUNJUNGAN AGUNG NABI MUHAMMAD Sallallahu 'alaihi waSallam. Semoga KALIAN duhai PUTERA2 AS-SUFFAH;


Semakin MATANG dalam memahami & menghayati PERJUANGAN  ini betapa setiap daripada KALIAN berperanan
MENYEMARAKKAN seluruh ALAM SEMESTA ini dengan SEMARAK SELAWAT buat JUNJUNGAN AGUNG NABI MUHAMMAD Sallallahu 'alaihi waSallam. Sudah menjadi tugas KALIAN-lah memaparkan WAJAH MULIA NABI Sallallahu 'alaihi waSallam dengan paparan SALAM ke atas BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam walau di manapun KALIAN berada sama ada DI DARATAN atau LAUTAN, DI KOTA atau DESA, DI MASJID atau ISTANA... pastikan KALIAN tetap dengan AMANAH KALIAN
sebagai KHADAM NABI Sallallahu 'alaihi waSallam.


                                                                                                          BY:[EXTRO PUBLICATION AND MEDIA TEAM]
{TERBITAN} EXTRO PUBLICATIONS COLUMNIST 3-I E-MAGAZINEFacebook and Twitter

0 comments

Catat Ulasan

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.