Ahad, 20 April 2014

HATI-HATI DENGAN HATI
Syabab Assuffah8:30 PG 0 comments


Hati-hati Dengan Hati..

Bersama kolumnis 3-I ( Nurul Idayu )



 Didalam daku memandang dan cuba menembusi pandangan indah ciptaan-Nya..tiba-tiba kelihatan wajah yang amat ku kenali,berada tidak jauh dariku sedang duduk di tepi tasik menghalakan retina mata seolah-olah menembusi pusaran air yang tenang kala itu. Daku menghampirinya dan menegur dengan senyuman.


Diri : Assalamua’alaikum adik akak..buat apa kat sini-sini sorang-sorang?? Haa Syikin tengok apa yea..dari kat sana tadi lagi akak perasan..jauhnya adik akak ni mengelamun.

Syikin: Wa’alaikumussalam..ehh kak Aina..tak ada apa-apa la akak..saje tengok tasik ni. Nak tenangkan hati yang resah.

Diri: Kenapa ni sayang?? Jika Syikin tak keberatan boleh kongsi dengan akak..adik,cuba tengok tasik tu..tenang jer aliran air dia kan..kadang tak berkocak pun..macamna yea kita nak hadirkan hati kita pun camtu jugak??

Syikin: A’ah la akak..suka tengok..sebab tue tiap kali Syikin resah..Syikin datang sini..tapi kan kak, tak salu pun ia membantu..mungkin sebab diri Syikin yang selalu berfikir negatif dan ambik serius dalam setiap masalah..

Diri: (Senyum)..tidak mengapa dik..masalah itu ujian Dia untuk hamba pilihan-Nya. Ujian itu sebenarnya adalah didikan untuk kita dalam menjadi hamba-Nya yang lebih baik..ada banyak cara untuk ceriakan hati yang resah..adik nak tahu tak??

Syikin: Ermm..ujian itu didikan..=) hati ni lemahnya..sampaikan tidak terlintas pun nak fikir camtu..erm akak kongsikanlah..nak tahu..

Diri: Okey,antaranya la kan cara untuk menceriakan hati yang resah tu adalah muhasabah diri, melihat keindahan alam..macam yang syikin buat sekarang..ermm kena senyum..tak mahu masam-masam macam tadi lagi dah..=)
Boleh juga nak berehat kejap dengan tidur atau sucikan diri dengan mandi. Kena belajar tenangkan hati dengan bersabar semaksima mungkin..ini mungkin ambik masa sedikit tapi tak mengapa kita boleh cuba perlahan-lahan..

Syikin: Ya Allah..rupanya banyak lagi kan kak yang boleh di manfaatkan untuk tidak bersedih dan resah.Allah pasti sentiasa memberikan kita bahagia Cuma kita je yang sering memilih untuk bersedih..=(

  • Diri: Betul tu dik,jadi tenang-tenangkan hati untuk tetap terus bersabar semaksimum mungkin. Cuba buat anjakan paradigma, kan setiap perkara ada hikmahnya yang mana kita sendiri pun tak tahu. Juga cuba untuk amalkan membaca Al-quran sebab apa tau..ianya penawar bagi hati..akhir sekali,mohonlah  dan mengadulah pada Allah sebab Allah yang pegang hati kita.. Ketenangan dan keceriaan adalah perasaan yg Allah jatuhkan ke dalam hati manusia. Sebab itu menjadi tanggungjawab kita untuk meminta dari-Nya.=)

Syikin: Subhanallah..kak,Allah sediakan banyak sangat untuk kita kan.Ya Allah,terima kasih kerana memberiku ruang ini untuk memahami kembali tujuan kehidupanku yang sebenar. Terlalu banyak masa yang telah ku biarkan berlalu tanpa diri ini berusaha untuk lebih dekat dengan-Mu. Terima kasih juga kerana telah menghadirkan seorang kakak jua teman dalam menemani perjalananku sebagai hamba menuju kepada-Mu. Satukanlah hati kami dalam kasih sayang dan cinta-Mu. Semoga ukhwah ini Kau berkati dalam redha-Mu..aamien..

Diri: Aamien..mudah-mudahan. Sama-sama kita saling mendoakan..kerana  orang yg berkasih kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah jua.

“ Tanam tebu di halaman taman,
Agar rimbunnya sampai ke depan,
Ceriakan harimu dengan iman,
Agar Rahmat-Nya merantai kehidupan…”





Disediakan oleh kolumnis Majalah 3-I:Siti Nurul Idayu binti Rosdilah
                   high_flier114@yahoo.com.my



[DIARI AS-SUFFAH]MENGADAKAN PERSEMBAHAN SUFI RYU NINJUSTSU DAN KOMPANG FORMASI DI KARNIVAL FIESTA BELIA 1MALAYSIA
Syabab Assuffah1:29 PG 0 comments

MENGADAKAN PERSEMBAHAN SUFI RYU NINJUSTSU DAN KOMPANG FORMASI DI KARNIVAL FIESTA BELIA 1MALAYSIA


( Sufism Martial Arts Academy [SMAC] )


 18 Jamadil Akhir 1435h(18 April 2014)-Alhamdulillah,secara ulung kalinya para ikhwan Syabab As-suffah  dari pada Persatuan Jamaah Islam dan Halaqah Dakwah(JIHAD)Malaysia telah dijemput oleh pihak Majlis Belia dan Sukan Jajahan Tumpat,Kelantan untuk mengadakan persembahan pertunjukan  Seni Bela Diri Aliran Ninja  ( Sufi Ryu Ninjutsu) di Pantai Sri Tujuh Kelantan bersemperna Karnival  Fiesta Belia Satu Malaysia anjuran Majlis Belia dan Sukan,Kelantan.


  
 Pertunjukan seni bela diri  ninja itu berlansung  seawal jam 9.00pagi dan diwakili oleh lima belas ahli sufi Ryu ninjutsu daripada  Sufism Martial Arts Academy(SMAC).Sehubungan dengan itu,melalui persembahan  ini teryata  memberi satu input  dan gambaran yang baru kepada pengunjung yang hadir  tentang seni bela diri ninja yang ternyata masih baru didalam dunia seni bela diri  di Malaysia khusunya.Dan rata-rata penonton yang menyaksikan menunjukkan reaksi terhibur dengan aksi-aksi dan adengan-adengan yang dipamerkan oleh  para Sufi Ryu Ninjutsu.




Pada sebelah malam pulanya, para Syabab As-suffah  diberi sekali lagi pengiktirafan oleh Pihak Majlis Belia dan Sukan untuk  membuat persembahan Seni Kompang Formasi bagi menyerikan majlis pada malam itu.Persembahan ini turut disertai oleh lima belas ahli Syabab As-suffah yang begitu bersemangat walaupun menghadapi kesuntukan masa  untuk membuat persiapan tetapi berkat pertolonngan dari Allah SWT semuanya berjalan lancar dan dengan jayanya.Selain itu,majlis pada malam itu ditutupi dengan lantunan Selawat dan Salam buat Baginda Rasulullah SAW yang dialunkan juga oleh para Syabab  As-suffah yang secara tidak lansung hal ini menjadi satu medium dakwah melalui mengeksposkan kesenian dan kebudayaan.




Justeru itu,kami mewakili pihak Jamaah Islam dan Halaqah Dakwah(JIHAD)Malaysia dan daripada  Sufism Martial Arts Academy(SMAC)  mengucapkan sekalung ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Belia dan Sukan  Khususnya  jajahan Tumpat,Kelantan diatas implementasi kerjasama yang baik ini.Semoga usahasama in diberkati Allah SWT dan dapat diteruskan pada masa akan  datang.~iNSYAALLAH~.

~Video Persembahan Sufi Ryu Ninjutsu:Klik disini~  

By: Jihad Publication


Isnin, 14 April 2014

[GLOBAL]MENGKAJI TENTANG WUDHU MEMBERI SINAR HIDAYAH KEPADA PROFESOR
Syabab Assuffah12:18 PG 0 comments


MENGKAJI TENTANG WUDHU MEMBERI SINAR HIDAYAH KEPADA PROFESOR

 Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
(sekadar gambar hiasan)
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wuduk Rasulullah S.A.W.
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam.
Sumber: http://www.queachmad. com


BY:JIHAD PUBLICATION

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.