Memaparkan catatan dengan label BICARA ISLAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BICARA ISLAM. Papar semua catatan

Ahad, 20 April 2014

HATI-HATI DENGAN HATI
Unknown8:30 PG 0 comments


Hati-hati Dengan Hati..

Bersama kolumnis 3-I ( Nurul Idayu )



 Didalam daku memandang dan cuba menembusi pandangan indah ciptaan-Nya..tiba-tiba kelihatan wajah yang amat ku kenali,berada tidak jauh dariku sedang duduk di tepi tasik menghalakan retina mata seolah-olah menembusi pusaran air yang tenang kala itu. Daku menghampirinya dan menegur dengan senyuman.


Diri : Assalamua’alaikum adik akak..buat apa kat sini-sini sorang-sorang?? Haa Syikin tengok apa yea..dari kat sana tadi lagi akak perasan..jauhnya adik akak ni mengelamun.

Syikin: Wa’alaikumussalam..ehh kak Aina..tak ada apa-apa la akak..saje tengok tasik ni. Nak tenangkan hati yang resah.

Diri: Kenapa ni sayang?? Jika Syikin tak keberatan boleh kongsi dengan akak..adik,cuba tengok tasik tu..tenang jer aliran air dia kan..kadang tak berkocak pun..macamna yea kita nak hadirkan hati kita pun camtu jugak??

Syikin: A’ah la akak..suka tengok..sebab tue tiap kali Syikin resah..Syikin datang sini..tapi kan kak, tak salu pun ia membantu..mungkin sebab diri Syikin yang selalu berfikir negatif dan ambik serius dalam setiap masalah..

Diri: (Senyum)..tidak mengapa dik..masalah itu ujian Dia untuk hamba pilihan-Nya. Ujian itu sebenarnya adalah didikan untuk kita dalam menjadi hamba-Nya yang lebih baik..ada banyak cara untuk ceriakan hati yang resah..adik nak tahu tak??

Syikin: Ermm..ujian itu didikan..=) hati ni lemahnya..sampaikan tidak terlintas pun nak fikir camtu..erm akak kongsikanlah..nak tahu..

Diri: Okey,antaranya la kan cara untuk menceriakan hati yang resah tu adalah muhasabah diri, melihat keindahan alam..macam yang syikin buat sekarang..ermm kena senyum..tak mahu masam-masam macam tadi lagi dah..=)
Boleh juga nak berehat kejap dengan tidur atau sucikan diri dengan mandi. Kena belajar tenangkan hati dengan bersabar semaksima mungkin..ini mungkin ambik masa sedikit tapi tak mengapa kita boleh cuba perlahan-lahan..

Syikin: Ya Allah..rupanya banyak lagi kan kak yang boleh di manfaatkan untuk tidak bersedih dan resah.Allah pasti sentiasa memberikan kita bahagia Cuma kita je yang sering memilih untuk bersedih..=(

  • Diri: Betul tu dik,jadi tenang-tenangkan hati untuk tetap terus bersabar semaksimum mungkin. Cuba buat anjakan paradigma, kan setiap perkara ada hikmahnya yang mana kita sendiri pun tak tahu. Juga cuba untuk amalkan membaca Al-quran sebab apa tau..ianya penawar bagi hati..akhir sekali,mohonlah  dan mengadulah pada Allah sebab Allah yang pegang hati kita.. Ketenangan dan keceriaan adalah perasaan yg Allah jatuhkan ke dalam hati manusia. Sebab itu menjadi tanggungjawab kita untuk meminta dari-Nya.=)

Syikin: Subhanallah..kak,Allah sediakan banyak sangat untuk kita kan.Ya Allah,terima kasih kerana memberiku ruang ini untuk memahami kembali tujuan kehidupanku yang sebenar. Terlalu banyak masa yang telah ku biarkan berlalu tanpa diri ini berusaha untuk lebih dekat dengan-Mu. Terima kasih juga kerana telah menghadirkan seorang kakak jua teman dalam menemani perjalananku sebagai hamba menuju kepada-Mu. Satukanlah hati kami dalam kasih sayang dan cinta-Mu. Semoga ukhwah ini Kau berkati dalam redha-Mu..aamien..

Diri: Aamien..mudah-mudahan. Sama-sama kita saling mendoakan..kerana  orang yg berkasih kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah jua.

“ Tanam tebu di halaman taman,
Agar rimbunnya sampai ke depan,
Ceriakan harimu dengan iman,
Agar Rahmat-Nya merantai kehidupan…”





Disediakan oleh kolumnis Majalah 3-I:Siti Nurul Idayu binti Rosdilah
                   high_flier114@yahoo.com.my



[DIARI AS-SUFFAH]MENGADAKAN PERSEMBAHAN SUFI RYU NINJUSTSU DAN KOMPANG FORMASI DI KARNIVAL FIESTA BELIA 1MALAYSIA
Unknown1:29 PG 0 comments

MENGADAKAN PERSEMBAHAN SUFI RYU NINJUSTSU DAN KOMPANG FORMASI DI KARNIVAL FIESTA BELIA 1MALAYSIA


( Sufism Martial Arts Academy [SMAC] )


 18 Jamadil Akhir 1435h(18 April 2014)-Alhamdulillah,secara ulung kalinya para ikhwan Syabab As-suffah  dari pada Persatuan Jamaah Islam dan Halaqah Dakwah(JIHAD)Malaysia telah dijemput oleh pihak Majlis Belia dan Sukan Jajahan Tumpat,Kelantan untuk mengadakan persembahan pertunjukan  Seni Bela Diri Aliran Ninja  ( Sufi Ryu Ninjutsu) di Pantai Sri Tujuh Kelantan bersemperna Karnival  Fiesta Belia Satu Malaysia anjuran Majlis Belia dan Sukan,Kelantan.


  
 Pertunjukan seni bela diri  ninja itu berlansung  seawal jam 9.00pagi dan diwakili oleh lima belas ahli sufi Ryu ninjutsu daripada  Sufism Martial Arts Academy(SMAC).Sehubungan dengan itu,melalui persembahan  ini teryata  memberi satu input  dan gambaran yang baru kepada pengunjung yang hadir  tentang seni bela diri ninja yang ternyata masih baru didalam dunia seni bela diri  di Malaysia khusunya.Dan rata-rata penonton yang menyaksikan menunjukkan reaksi terhibur dengan aksi-aksi dan adengan-adengan yang dipamerkan oleh  para Sufi Ryu Ninjutsu.




Pada sebelah malam pulanya, para Syabab As-suffah  diberi sekali lagi pengiktirafan oleh Pihak Majlis Belia dan Sukan untuk  membuat persembahan Seni Kompang Formasi bagi menyerikan majlis pada malam itu.Persembahan ini turut disertai oleh lima belas ahli Syabab As-suffah yang begitu bersemangat walaupun menghadapi kesuntukan masa  untuk membuat persiapan tetapi berkat pertolonngan dari Allah SWT semuanya berjalan lancar dan dengan jayanya.Selain itu,majlis pada malam itu ditutupi dengan lantunan Selawat dan Salam buat Baginda Rasulullah SAW yang dialunkan juga oleh para Syabab  As-suffah yang secara tidak lansung hal ini menjadi satu medium dakwah melalui mengeksposkan kesenian dan kebudayaan.




Justeru itu,kami mewakili pihak Jamaah Islam dan Halaqah Dakwah(JIHAD)Malaysia dan daripada  Sufism Martial Arts Academy(SMAC)  mengucapkan sekalung ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Belia dan Sukan  Khususnya  jajahan Tumpat,Kelantan diatas implementasi kerjasama yang baik ini.Semoga usahasama in diberkati Allah SWT dan dapat diteruskan pada masa akan  datang.~iNSYAALLAH~.

~Video Persembahan Sufi Ryu Ninjutsu:Klik disini~  

By: Jihad Publication


Jumaat, 11 Oktober 2013

(BICARA ISLAM) LAMBAIAN TANGAN SELAMAT DATANG
Unknown11:11 PG 0 comments

LAMBAIAN TANGAN SELAMAT DATANG


Bersama:Adi Arifin(Kolumnis Majalah 3-I)


LABAIKALLAH HUMMA LABBAIK, LABBAIKALA SYARIIKALA KALA LABBAIK, IINAL HAMDA WANNI'MATA LAKA WAL MULK LAA SYARIIKALA


 Telah sampai masa yang agung, masa di mana seluruh manusia di muka bumi ini berkumpul di suatu tempat yang haram(mulia), tempat yang di haramkannya pembunuhan dan penzaliman kepada makhluk Allah SWT yang berada disekitarnya. Tempat tersebut adalah MAKKAH AL MUKAROMAH.

 Manusia yang berkumpul di sana semua berpakaian putih yang bersih menandakan kesucian dan keikhlasan kepada Sang Pengcipta seluruh sekalian alam,untuk tunduk dan patuh beribadah kepada Yang Maha Kuasa tanpa ada tandinganNya, dengan semangat keimanan yang mantap melakukan rukun Islam yang kelima, seluruh kaum muslimin tawaf dan sa'I serta wukuf di a'rofah dan sebagainya kerana rasa cinta yang mendalam kepada Allah SWT dan juga kepada utusannya yang mulia akhlaknya yaitu Baginda Rasulullah SAW.


 Masa berkumpul ini hanya dilaksanakan setahun sekali dalam

pelaksanaannya, ritual ini disebut dengan ibadah haji.Baiklah, ada baiknya kita mengenal terlebih dahulu sejarah singkat mengapa di dalam syari'at Islam ibadah ini sangat penting sekali dan menjadi rukun islam yang kelima.Bermula dengan sebuah pembangunan yang berbentuk segi empat yang di bangun oleh Nabiyullah Ibrahim AS dan anaknya Nabiyullah Isma'il AS yang diperintah oleh ALLAH SWT untuk membangun, sebagai pusat dari ritual haji bahkan mejadi pusat pandangan bagi ritual sholat fardhu dan sunat diseluruh dunia.

 Setelah pembangunan ini selesai maka Nabiyullah Ibrahim AS dan Nabiyullah Ismail AS melaksanakan ritualnya sebagai tanda pengabdian dan keikhlasan kepada Sang Maha Pencipta alam semesta beserta isinya yaitu ALLAH SWT, waktu terus berjalan sehingga perubahan ritual itu pun berubah dengan banyak pengkultusan(kehadiran) dari berbagai masyarakat.



 Dengan perubahan zaman ke zaman sehingga terbangunlah lebihkurang 360 patung berhala yang berdiri tegak di sekitar Ka'bah sehingga datanglah seorang utusan yang mulia yaitu Nabiyullah Muhammad Rasulullah SAW yang suatu masa akan memusnahkan berhala-berhala tersebut beserta dengan perbaikan tatacara beribadah kepada ALLAH SWT, sekitar 23 tahun Nabiyullah Muhammad Rasulullah SAW berda'wah menyebarkan agama Islam di tanah arab dengan hasil yang sangat baik sekali, tahukah anda bahwa syariat haji ini mula-mula dilaksanakan pada tahun ke 6 hijriyah sementara baginda Rasulullah SAW mula-mula melaksanakan haji pada tahun ke 9 hijriyah, sehinggalah hari ini ritual haji yang dilaksanakan di tanah suci Makkah berjalan dengan aman dan terhindar dari sifat-sifat kesyirikan.

 Al-Hamdulillah bi ni'matillah.


 Setelah sejarah singkat di atas ada baiknya juga kita mengetahui dari segi bahasa dan istilah dari ritual haji ini dan faidah-faidah apa saja yang di dapatkan.
Dari segi bahasa" haji " adalah maksud atau datang
Dari segi syari'atnya "haji" adalah bermaksud untuk mendatangi Baitullah Alharom

  Asal diwajibkannya haji ini berdasaran atas firman ALLAH SWT :
ولله على الناس حجّ اليت من استطاع إليه سبيلا
Yang bermaksud :
Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap ALLAH SWT, yaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke baitullah (surah: al-imran:97)






Hukum-hukum dalam melaksanakan haji ada lima yaitu : 

  1.   Fardu a'in yaitu apa bila seseorang muslim telah memenuhi syarat untuk melaksanakan haji
  2.  Fardu kifayah yaitu seperti seseorang yang tinggal di sekitar ka'bah dan dapat melasanakan haji        setiap tahun
  3.  Sunnah yaitu seperti anak kecil dan para budak (hamba) dan sanggup untuk berjalan kakidengan jauhnya jarak marhalatain (perjalanan dua hari) dari makkah
  4.   Makruh yaitu seperti  ketakutan akan keselamatan diri dalam perjalanan haji
  5.   Haram yaitu seperti wanita yang berangkat haji tanpa mahramnya jika tidak aman ke atas dirinya atau seorang wanita yang berangkat haji namun tidak mendapatkan izin dari suaminya.

Ada beberapa fadilah yang dapat di ambil dari ibadah haji ini,antaranya ialah :

1.       Dan haji mabrur itu mendapatkan syurga (Hadis Bukhari dan Muslim)
2.       Mengerjakan haji dan umrah dapat menyingkirkan dosa-dosa (Hadis Ibnu majjah dan Ahmad)
3.       Barangsiapa pergi haji ke rumah ALLAH SWT ini dan tidak berkata keji serta tidak berbuat fasik maka ia akan mendapatkan faedah seperti baru dilahirkan dari kandungan ibunya (bersih dari dosa)

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.