Selasa, 13 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437H
Syabab Assuffah11:58 PTG 0 comments



" Salam Maal Hijrah buat Seluruh UMAT ISLAM daripada kami Persatuan Jamaah Islam & Halaqah Dakwah ( JIHAD ) Malaysia "

" Hayati sebuah PERJUANGAN & PENGORBANAN dari PERISTIWA Hijrah Nabi MUHAMMAD SAW dan Para SAHABAT..."


" Tekadkan AZAM untuk BERHIJRAH menjadi HAMBA yang lebih Dekat dengan ALLAH & RASULULLAH SAW.. 
Semoga HIJRAH kita sebuah HIJRAH yang IKHLAS agar Kita sentiasa diTUNTUN ALLAH SWT untuk terus BERISTIQOMAH dalam sebuah TRANSFORMASI diri untuk menjadi HAMBA yang TAAT dan bersifat UBUDIYYAH "

Rabu, 20 Mei 2015

IMBASAN PROGRAM MIHRAB MAHABBAH RASULULLAH SAW 1436H/2015M
Syabab Assuffah3:32 PG 0 comments


IMBASAN PROGRAM MIHRAB MAHABBAH RASULULLAH SAW 1436H/2015M

9 Jamadi Awwal 1436 / 29 Februari 2015 :-

 Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) di bawah Persatuan Jama’ah Islam dan Halaqah Dakwah ( JIHAD ) Malaysia telah menganjurkan sebuah program cinta Rasul yang diberi nama Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW. Program tersebut bertempat di Dewan Johor yaitu dewan utama Universiti Malaya , Nilam Puri. Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW yang berlansung pada malam hari itu dihadiri pelbagai lapisan  masyarakat terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa .

  Program sebegini , di anjurkan oleh pihak Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) bagi memupuk serta melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW kepada masyarakat yang kian lama cinta kepada Rasulullah SAW semakin terhakis di hati masyarakat Islam masa kini. Selain itu , program ini juga di laksanakan bagi menyatukan hati –hati umat Islam yang selama ini berpecah di antara satu sama lain lantaran perbezaan politik , ideologi mahupun sosial maka sesuailah nama yang di tentukan program ini yaitu Mihrab yang mana boleh diistilahkan sebagai satu  tempat yang dihadap bersama dan mahabbah bermaksud cinta yang semoga kita umat Islam mengenepikan segala perbedaan lalu kita bersatu di atas satu cinta yaitu cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Program ini , diwarnai dengan pelbagai slot yang menarik dalam pelbagai bentuk platform  penyampaian seperti tazkirah , puisi , pentomin dan qasidah agar nilai yang hendak di terjemahkan dapat di salurkan dalam pelbagai bentuk metodologi penyampaian . Aturcara Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :-


Imbasan Tentatif Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW 1436H/2015M
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bermula pada Jam -
 6.30 petang                          : Para Hadirin tiba
7.30 ptg -  8.00 mlm           : Solat Maghrib Berjamaah

( Ketibaan Dif2 jemputan serta para hadirin )


( Gerai-gerai jualan turut dibuka )
( Program dihadiri  pelbagai lapisan usia dari kanak-kanak sehingga dewasa )


( Tazkirah disampaikan oleh Al- fadhel Ustaz Ghamidi Al-yamani)
8.00 mlm  - 8.30 mlm  : Tazkirah Mahabbah Rasulullah SAW

8.30 mlm  -  9.00 mlm : Solat Isya & Hajat Berjamaah


( Hadirin kusyuk mendengar tazkirah yang di sampaikan )
9.00 mlm – 10.30mlm  : Slot Penghayatan Mahabbah Rasulullah SAW
  •    Pentomin Sirah Perjalanan Hidup Rasulullah SAW
  •    Puisi
  •    Lantunan Qasidah


( Persembahan pentomin Sirah Rasul )
( Antara babak-babak menarik pentomin )


( Lantunan Qasidah oleh Kumpulan Hadrah Shoutul Naim )



( Deklamasi Puisi bertajuk " Surat Cinta buat Rasul )
11.00 malam  :  Majlis Penutup


  • Tausiyyah Mahabbah Rasulullah SAW oleh Syeikh Dr Wan Muhammad Khairi bin WaN Ismail Al - Mustaqimi  ( Yang Dipertua Penaung Persatuan Jihad Malaysia )
  • Selawat ke atas Rasulullah SAW
  • Penyampaiaan Cnderahati kepada tetamu terlibat
  • Bersurai

( Tausiyyah yang disampaikan menyentuh hati para hadirin )
( Penyampaian cenderahati )

( Lantunan selawat serta salam keatas Rasul )














Selasa, 19 Mei 2015

MISI PASCA BANJIR KELANTAN 2014/15
Syabab Assuffah9:29 PTG 0 comments



MISI PASCA BANJIR KELANTAN 2014 / 15

Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Sebaik-baik MANUSIA diantaramu adalah yang paling banyak MANFAATNYA bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

 Pernyataan Sabda hadis di atas jelas menunjukkan akan ciri2 menjadi manusia yang baik di sisi ALLAH SWT ialah menjadi seorang hamba yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Lantaran itu , gambaran manusia yang TERBAIK ialah Baginda Rasulullah SAW kerana hadirnya Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil A'lamin yang mana Baginda Rasullullah SAW menjadi sebuah wadah Rahmat Ilahi , lalu disampaikan Rahmat Cinta itu sebagai nilai2 manfaat buat sekalian Alam sebagai manifestasi Cinta Allah buat sekalian hambaNya.
 Umum masyarakat di Malaysia mengetahui tahun 2014 bumi Kelantan khususnya telah diuji dengan ujian banjir besar yang mengakibatkan kerugian yang besar.  Sehubungan dengan itu , Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) komited bergerak menyambung perjuangan Rasulullah SAW melalui implementasi sebagai KHADAM RASULULLAH SAW bagi meneruskan menyampaikan sebuah Rahmat Cinta Allah SWT kepada Alam.
 Misi pasca banjir  diatur bagi membantu sedikit sebanyak mangsa-magsa banjir  yang terjejas akibat banjir.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bermula 7 januari 2015  Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) telah membuat pengumpulan barangan keperluan dari segi makanan , pakaian dan keperluan asas . Pelbagai NGO mahupun secara individu banyak memberi sumbangan bagi membantu proses pengumpulan.



Misi kali ini diteruskan , dengan mengagihkan barang - barang yang di kumpul kepada sekalian mangsa banjir yang terjejas teruk . Melihat setiap senyuman mangsa banjir menjadikan pihak kami terharu tenyata dalam keaadan yang begitu mereka masih lagi tersenyum walaupun di hati mereka begitu terkesan dengan ujian ini . Hanya Alllah sahajalah yang dapat membalas sebaik -baik pembalasan buat hambanya yang bersabar T-T.










Pihak kami juga , bertindak membersih rumah - rumah mangsa banjir serta tempat awan yang masih belum diselenggarakan. Melalui gabungan pelbagai NGO misi pembersihan di di fokuskan di sebuah sekolah pendalaman yaitu Sekolah di Pulau Beluru.







Alhamdulillah , semoga sedikit daripada usaha Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan semoga segala usaha yang di korbankan dari segi tenaga mahupun kewangan di catat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT dan semoga ianya menjadi Selawat dan Salama buat Sayyiduna Muhammad SAW. InsyaALLAH :-)...



PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.