MISI PASCA BANJIR KELANTAN 2014 / 15
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Sebaik-baik MANUSIA diantaramu adalah yang paling banyak MANFAATNYA bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Pernyataan Sabda hadis di atas jelas menunjukkan akan ciri2 menjadi manusia yang baik di sisi ALLAH SWT ialah menjadi seorang hamba yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Lantaran itu , gambaran manusia yang TERBAIK ialah Baginda Rasulullah SAW kerana hadirnya Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil A'lamin yang mana Baginda Rasullullah SAW menjadi sebuah wadah Rahmat Ilahi , lalu disampaikan Rahmat Cinta itu sebagai nilai2 manfaat buat sekalian Alam sebagai manifestasi Cinta Allah buat sekalian hambaNya.
Umum masyarakat di Malaysia mengetahui tahun 2014 bumi Kelantan khususnya telah diuji dengan ujian banjir besar yang mengakibatkan kerugian yang besar. Sehubungan dengan itu , Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) komited bergerak menyambung perjuangan Rasulullah SAW melalui implementasi sebagai KHADAM RASULULLAH SAW bagi meneruskan menyampaikan sebuah Rahmat Cinta Allah SWT kepada Alam.
Misi pasca banjir diatur bagi membantu sedikit sebanyak mangsa-magsa banjir yang terjejas akibat banjir.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bermula 7 januari 2015 Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) telah membuat pengumpulan barangan keperluan dari segi makanan , pakaian dan keperluan asas . Pelbagai NGO mahupun secara individu banyak memberi sumbangan bagi membantu proses pengumpulan.
Misi kali ini diteruskan , dengan mengagihkan barang - barang yang di kumpul kepada sekalian mangsa banjir yang terjejas teruk . Melihat setiap senyuman mangsa banjir menjadikan pihak kami terharu tenyata dalam keaadan yang begitu mereka masih lagi tersenyum walaupun di hati mereka begitu terkesan dengan ujian ini . Hanya Alllah sahajalah yang dapat membalas sebaik -baik pembalasan buat hambanya yang bersabar T-T.
Pihak kami juga , bertindak membersih rumah - rumah mangsa banjir serta tempat awan yang masih belum diselenggarakan. Melalui gabungan pelbagai NGO misi pembersihan di di fokuskan di sebuah sekolah pendalaman yaitu Sekolah di Pulau Beluru.
Alhamdulillah , semoga sedikit daripada usaha Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan semoga segala usaha yang di korbankan dari segi tenaga mahupun kewangan di catat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT dan semoga ianya menjadi Selawat dan Salama buat Sayyiduna Muhammad SAW. InsyaALLAH :-)...
0 comments
Catat Ulasan