MASA OH MASA
Bersama kolumnis 3-I: Mazihah Abd.Rahim
Pejam celik pejam celik.Pantasnya masa
berlalu tanpa menunggu urusan manusia.Persoalannya,bagaimanakah kita mengurus
masa ?sudah sempurnakah ? kata Imam Hassan Albanna “Kewajiban kita lebih banyak
daripada masa yang kita ada “.Ramai orang tahu betapa pentingnya masa sehingga
masa dianggap emas tetapi masih ramai juga manusia yang tidak menyedari
sebenarnya mereka telah banyak membuang masa.Rasululllah SAW
telah berpesan,bagaimana memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu:
1-Masa muda sebelum tua
2-Masa sihat sebelum sakit
3-Masa kaya sebelum miskin
4-Masa lapang sebelum sibuk
5-Masa hidup sebelum mati
Masa adalah amanah Allah SWT un tuk kita.Semuanya
bergantung pada kita untuk mengurus masa
yang ada sama ada digunakan untuk kearah kebaiikan atau sebaliknya.Orang yang bijak tidak akan
mensia-siakan peluang yang ada.Mereka mempuyai matlamat yang hendak
dicapai.Hidup mereka da destinasi yang hendak dituju.Menurut Imam Al Syahid Hassan Albanna “Masa itu adalah
kehidupan “ Hal ini bermakna, mereka yang membuang masa bererti membuang
kehidupan.Maka hidupnya seperti tiada erti dan nilai tersendiri.
( Al Imam Hassan Al-Banna) |
Masa itu sangat penting dan orang yang tidak menghargai masa akan menghadapi kerugian besar di dalam hidupnya.Di dalam Al-Quraan berdasarkan surah Al-Asr ayat 1 hingga 3 ada menyebut.
[1]
Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
Ayat diatas jelas menyebut dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya menghargai masa.Orang yang beriman tidak lalai dalam mengurus masa .Mereka awalnya bertungkus –lumus dalam membuat persediaan menuju ke alam akhirat.Oleh itu,bertindaklah segera dalam melakukan mal agar hidup tidak menjadi sia-sia.Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan didunia akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Disediakan oleh kolumnis Majalah 3-I:Mazihah Abd.Rahim |
0 comments
Catat Ulasan