Jumaat, 5 Februari 2016

PROGRAM TERKINI 2016 : KURSUS MOTIVASI AURA CINTA " QUANTUM MEMBINA KEJAYAAN "
Syabab Assuffah6:52 PG 0 comments



ASSALAMUALAIKUM...
Buat semua remaja yang inginkan tip berkesan untuk berjaya duniawi & ukhrawi..🏼

Ayuh!!!
Sertai kami dalam seminar Motivasi Aura Cinta 💕: Quantum Membina Kejayaan, yang dianjurkan SUKARELAWAN BELIA ISLAM MALAYSIA.

Tarikh : 9/2/2016 (selasa)
Masa : 8.00 pg- 5.00 ptg.
Tempat : RAUDHAH AS-SUFFAH, KUTAN TENGAH, WAKAF BHARU, KELANTAN..

Turut menampilkan ikon belia yg hebat iaitu:-
1) Saudara Zulfika bin Azmi.
👤Pelajar terbaik STPM 2011 SMKWB.

Malah di bawah SUKARELAWAN BELIA ISLAM MALAYSIA turut menampilkan fasilitator yg hebat..
2) Saudara Al-Habibi
👤Pelajar terbaik SPM 2009 SMKWB (10A)
3) Saudara Al-Hakim
👤Pelajar terbaik SPM 2010 SMKWB (10A)
4) Saudara Saufi
👤Pelajar terbaik STPM 2012 SMKWB.

dan ramai lagi yg hebat-hebat menanti anda...🏽
Jadi jgn lepaskan peluang. Tempat terhad dan untuk pelajar sekolah menengah sahaja..
Bayarn serendah : RM5/SEORANG
* makan/minum/sijil disediakan..
Pendaftaran 
* 012-7552985 (BASHIR)
* 014-50715897 (SAUFI)
* 0111-7696390 (HAMZAH)

(tarikh tutup pendaftaran) 7/2/2016..
Nak jadi org hebat tak?? Jgn lepaskan peluang ni..😇 InshaAllah..Sila Sebarkan..🎋


Selasa, 13 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437H
Syabab Assuffah11:58 PTG 0 comments



" Salam Maal Hijrah buat Seluruh UMAT ISLAM daripada kami Persatuan Jamaah Islam & Halaqah Dakwah ( JIHAD ) Malaysia "

" Hayati sebuah PERJUANGAN & PENGORBANAN dari PERISTIWA Hijrah Nabi MUHAMMAD SAW dan Para SAHABAT..."


" Tekadkan AZAM untuk BERHIJRAH menjadi HAMBA yang lebih Dekat dengan ALLAH & RASULULLAH SAW.. 
Semoga HIJRAH kita sebuah HIJRAH yang IKHLAS agar Kita sentiasa diTUNTUN ALLAH SWT untuk terus BERISTIQOMAH dalam sebuah TRANSFORMASI diri untuk menjadi HAMBA yang TAAT dan bersifat UBUDIYYAH "

Rabu, 20 Mei 2015

IMBASAN PROGRAM MIHRAB MAHABBAH RASULULLAH SAW 1436H/2015M
Syabab Assuffah3:32 PG 0 comments


IMBASAN PROGRAM MIHRAB MAHABBAH RASULULLAH SAW 1436H/2015M

9 Jamadi Awwal 1436 / 29 Februari 2015 :-

 Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) di bawah Persatuan Jama’ah Islam dan Halaqah Dakwah ( JIHAD ) Malaysia telah menganjurkan sebuah program cinta Rasul yang diberi nama Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW. Program tersebut bertempat di Dewan Johor yaitu dewan utama Universiti Malaya , Nilam Puri. Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW yang berlansung pada malam hari itu dihadiri pelbagai lapisan  masyarakat terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa .

  Program sebegini , di anjurkan oleh pihak Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) bagi memupuk serta melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW kepada masyarakat yang kian lama cinta kepada Rasulullah SAW semakin terhakis di hati masyarakat Islam masa kini. Selain itu , program ini juga di laksanakan bagi menyatukan hati –hati umat Islam yang selama ini berpecah di antara satu sama lain lantaran perbezaan politik , ideologi mahupun sosial maka sesuailah nama yang di tentukan program ini yaitu Mihrab yang mana boleh diistilahkan sebagai satu  tempat yang dihadap bersama dan mahabbah bermaksud cinta yang semoga kita umat Islam mengenepikan segala perbedaan lalu kita bersatu di atas satu cinta yaitu cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Program ini , diwarnai dengan pelbagai slot yang menarik dalam pelbagai bentuk platform  penyampaian seperti tazkirah , puisi , pentomin dan qasidah agar nilai yang hendak di terjemahkan dapat di salurkan dalam pelbagai bentuk metodologi penyampaian . Aturcara Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :-


Imbasan Tentatif Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW 1436H/2015M
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bermula pada Jam -
 6.30 petang                          : Para Hadirin tiba
7.30 ptg -  8.00 mlm           : Solat Maghrib Berjamaah

( Ketibaan Dif2 jemputan serta para hadirin )


( Gerai-gerai jualan turut dibuka )
( Program dihadiri  pelbagai lapisan usia dari kanak-kanak sehingga dewasa )


( Tazkirah disampaikan oleh Al- fadhel Ustaz Ghamidi Al-yamani)
8.00 mlm  - 8.30 mlm  : Tazkirah Mahabbah Rasulullah SAW

8.30 mlm  -  9.00 mlm : Solat Isya & Hajat Berjamaah


( Hadirin kusyuk mendengar tazkirah yang di sampaikan )
9.00 mlm – 10.30mlm  : Slot Penghayatan Mahabbah Rasulullah SAW
  •    Pentomin Sirah Perjalanan Hidup Rasulullah SAW
  •    Puisi
  •    Lantunan Qasidah


( Persembahan pentomin Sirah Rasul )
( Antara babak-babak menarik pentomin )


( Lantunan Qasidah oleh Kumpulan Hadrah Shoutul Naim )



( Deklamasi Puisi bertajuk " Surat Cinta buat Rasul )
11.00 malam  :  Majlis Penutup


  • Tausiyyah Mahabbah Rasulullah SAW oleh Syeikh Dr Wan Muhammad Khairi bin WaN Ismail Al - Mustaqimi  ( Yang Dipertua Penaung Persatuan Jihad Malaysia )
  • Selawat ke atas Rasulullah SAW
  • Penyampaiaan Cnderahati kepada tetamu terlibat
  • Bersurai

( Tausiyyah yang disampaikan menyentuh hati para hadirin )
( Penyampaian cenderahati )

( Lantunan selawat serta salam keatas Rasul )














Selasa, 19 Mei 2015

MISI PASCA BANJIR KELANTAN 2014/15
Syabab Assuffah9:29 PTG 0 comments



MISI PASCA BANJIR KELANTAN 2014 / 15

Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Sebaik-baik MANUSIA diantaramu adalah yang paling banyak MANFAATNYA bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

 Pernyataan Sabda hadis di atas jelas menunjukkan akan ciri2 menjadi manusia yang baik di sisi ALLAH SWT ialah menjadi seorang hamba yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Lantaran itu , gambaran manusia yang TERBAIK ialah Baginda Rasulullah SAW kerana hadirnya Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil A'lamin yang mana Baginda Rasullullah SAW menjadi sebuah wadah Rahmat Ilahi , lalu disampaikan Rahmat Cinta itu sebagai nilai2 manfaat buat sekalian Alam sebagai manifestasi Cinta Allah buat sekalian hambaNya.
 Umum masyarakat di Malaysia mengetahui tahun 2014 bumi Kelantan khususnya telah diuji dengan ujian banjir besar yang mengakibatkan kerugian yang besar.  Sehubungan dengan itu , Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) komited bergerak menyambung perjuangan Rasulullah SAW melalui implementasi sebagai KHADAM RASULULLAH SAW bagi meneruskan menyampaikan sebuah Rahmat Cinta Allah SWT kepada Alam.
 Misi pasca banjir  diatur bagi membantu sedikit sebanyak mangsa-magsa banjir  yang terjejas akibat banjir.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bermula 7 januari 2015  Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) telah membuat pengumpulan barangan keperluan dari segi makanan , pakaian dan keperluan asas . Pelbagai NGO mahupun secara individu banyak memberi sumbangan bagi membantu proses pengumpulan.



Misi kali ini diteruskan , dengan mengagihkan barang - barang yang di kumpul kepada sekalian mangsa banjir yang terjejas teruk . Melihat setiap senyuman mangsa banjir menjadikan pihak kami terharu tenyata dalam keaadan yang begitu mereka masih lagi tersenyum walaupun di hati mereka begitu terkesan dengan ujian ini . Hanya Alllah sahajalah yang dapat membalas sebaik -baik pembalasan buat hambanya yang bersabar T-T.










Pihak kami juga , bertindak membersih rumah - rumah mangsa banjir serta tempat awan yang masih belum diselenggarakan. Melalui gabungan pelbagai NGO misi pembersihan di di fokuskan di sebuah sekolah pendalaman yaitu Sekolah di Pulau Beluru.







Alhamdulillah , semoga sedikit daripada usaha Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan semoga segala usaha yang di korbankan dari segi tenaga mahupun kewangan di catat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT dan semoga ianya menjadi Selawat dan Salama buat Sayyiduna Muhammad SAW. InsyaALLAH :-)...



Sabtu, 3 Mei 2014

MASA OH MASA
Syabab Assuffah12:53 PG 0 comments

  MASA OH MASA 
Bersama kolumnis 3-I: Mazihah Abd.Rahim


  Pejam celik pejam celik.Pantasnya masa berlalu tanpa menunggu urusan manusia.Persoalannya,bagaimanakah kita mengurus masa ?sudah sempurnakah ? kata Imam Hassan Albanna “Kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang kita ada “.Ramai orang tahu betapa pentingnya masa sehingga masa dianggap emas tetapi masih ramai juga manusia yang tidak menyedari sebenarnya mereka telah banyak membuang masa.Rasululllah SAW telah berpesan,bagaimana memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu:

1-Masa muda sebelum tua

2-Masa sihat sebelum sakit

3-Masa kaya sebelum miskin

4-Masa lapang sebelum sibuk

5-Masa hidup sebelum mati

  Masa adalah amanah Allah SWT un tuk kita.Semuanya bergantung pada  kita untuk mengurus masa yang ada sama ada digunakan untuk kearah kebaiikan  atau sebaliknya.Orang yang bijak tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.Mereka mempuyai matlamat yang hendak dicapai.Hidup mereka da destinasi yang hendak dituju.Menurut Imam Al  Syahid Hassan Albanna “Masa itu adalah kehidupan “ Hal ini bermakna, mereka yang membuang masa bererti membuang kehidupan.Maka hidupnya seperti tiada erti dan nilai tersendiri.

( Al Imam Hassan Al-Banna)
  Banyakkan muhasabah dalam meniti hari yang mendatang ini kerana hidup ini hanya sementara .Usahlah bersikap tangguh menangguh kerana esok belum tentu ada.Olin Miler ada menyatakan,” Jika anda ingi melihat sesuatu tugas kelihatan sungguh berat,hanya tangguh dalam melakukannya”.Manfaatkan  kesempatan yang ada untuk berbuat kebaikkan.Ingatlah tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi ini.Tidak takutkah kita apabila setiap saat kita diperhatikan?


 Masa itu sangat penting dan orang yang tidak menghargai masa akan menghadapi kerugian besar di dalam hidupnya.Di dalam Al-Quraan  berdasarkan surah Al-Asr ayat 1 hingga 3 ada menyebut.

[1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar


Ayat diatas jelas menyebut dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya menghargai masa.Orang yang beriman tidak lalai dalam mengurus masa .Mereka awalnya bertungkus –lumus dalam membuat persediaan menuju ke alam akhirat.Oleh itu,bertindaklah segera dalam melakukan mal agar hidup tidak menjadi sia-sia.Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan didunia akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.



Disediakan oleh kolumnis Majalah 3-I:Mazihah Abd.Rahim




Ahad, 20 April 2014

HATI-HATI DENGAN HATI
Syabab Assuffah8:30 PG 0 comments


Hati-hati Dengan Hati..

Bersama kolumnis 3-I ( Nurul Idayu )



 Didalam daku memandang dan cuba menembusi pandangan indah ciptaan-Nya..tiba-tiba kelihatan wajah yang amat ku kenali,berada tidak jauh dariku sedang duduk di tepi tasik menghalakan retina mata seolah-olah menembusi pusaran air yang tenang kala itu. Daku menghampirinya dan menegur dengan senyuman.


Diri : Assalamua’alaikum adik akak..buat apa kat sini-sini sorang-sorang?? Haa Syikin tengok apa yea..dari kat sana tadi lagi akak perasan..jauhnya adik akak ni mengelamun.

Syikin: Wa’alaikumussalam..ehh kak Aina..tak ada apa-apa la akak..saje tengok tasik ni. Nak tenangkan hati yang resah.

Diri: Kenapa ni sayang?? Jika Syikin tak keberatan boleh kongsi dengan akak..adik,cuba tengok tasik tu..tenang jer aliran air dia kan..kadang tak berkocak pun..macamna yea kita nak hadirkan hati kita pun camtu jugak??

Syikin: A’ah la akak..suka tengok..sebab tue tiap kali Syikin resah..Syikin datang sini..tapi kan kak, tak salu pun ia membantu..mungkin sebab diri Syikin yang selalu berfikir negatif dan ambik serius dalam setiap masalah..

Diri: (Senyum)..tidak mengapa dik..masalah itu ujian Dia untuk hamba pilihan-Nya. Ujian itu sebenarnya adalah didikan untuk kita dalam menjadi hamba-Nya yang lebih baik..ada banyak cara untuk ceriakan hati yang resah..adik nak tahu tak??

Syikin: Ermm..ujian itu didikan..=) hati ni lemahnya..sampaikan tidak terlintas pun nak fikir camtu..erm akak kongsikanlah..nak tahu..

Diri: Okey,antaranya la kan cara untuk menceriakan hati yang resah tu adalah muhasabah diri, melihat keindahan alam..macam yang syikin buat sekarang..ermm kena senyum..tak mahu masam-masam macam tadi lagi dah..=)
Boleh juga nak berehat kejap dengan tidur atau sucikan diri dengan mandi. Kena belajar tenangkan hati dengan bersabar semaksima mungkin..ini mungkin ambik masa sedikit tapi tak mengapa kita boleh cuba perlahan-lahan..

Syikin: Ya Allah..rupanya banyak lagi kan kak yang boleh di manfaatkan untuk tidak bersedih dan resah.Allah pasti sentiasa memberikan kita bahagia Cuma kita je yang sering memilih untuk bersedih..=(

  • Diri: Betul tu dik,jadi tenang-tenangkan hati untuk tetap terus bersabar semaksimum mungkin. Cuba buat anjakan paradigma, kan setiap perkara ada hikmahnya yang mana kita sendiri pun tak tahu. Juga cuba untuk amalkan membaca Al-quran sebab apa tau..ianya penawar bagi hati..akhir sekali,mohonlah  dan mengadulah pada Allah sebab Allah yang pegang hati kita.. Ketenangan dan keceriaan adalah perasaan yg Allah jatuhkan ke dalam hati manusia. Sebab itu menjadi tanggungjawab kita untuk meminta dari-Nya.=)

Syikin: Subhanallah..kak,Allah sediakan banyak sangat untuk kita kan.Ya Allah,terima kasih kerana memberiku ruang ini untuk memahami kembali tujuan kehidupanku yang sebenar. Terlalu banyak masa yang telah ku biarkan berlalu tanpa diri ini berusaha untuk lebih dekat dengan-Mu. Terima kasih juga kerana telah menghadirkan seorang kakak jua teman dalam menemani perjalananku sebagai hamba menuju kepada-Mu. Satukanlah hati kami dalam kasih sayang dan cinta-Mu. Semoga ukhwah ini Kau berkati dalam redha-Mu..aamien..

Diri: Aamien..mudah-mudahan. Sama-sama kita saling mendoakan..kerana  orang yg berkasih kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah jua.

“ Tanam tebu di halaman taman,
Agar rimbunnya sampai ke depan,
Ceriakan harimu dengan iman,
Agar Rahmat-Nya merantai kehidupan…”





Disediakan oleh kolumnis Majalah 3-I:Siti Nurul Idayu binti Rosdilah
                   high_flier114@yahoo.com.my



[DIARI AS-SUFFAH]MENGADAKAN PERSEMBAHAN SUFI RYU NINJUSTSU DAN KOMPANG FORMASI DI KARNIVAL FIESTA BELIA 1MALAYSIA
Syabab Assuffah1:29 PG 0 comments

MENGADAKAN PERSEMBAHAN SUFI RYU NINJUSTSU DAN KOMPANG FORMASI DI KARNIVAL FIESTA BELIA 1MALAYSIA


( Sufism Martial Arts Academy [SMAC] )


 18 Jamadil Akhir 1435h(18 April 2014)-Alhamdulillah,secara ulung kalinya para ikhwan Syabab As-suffah  dari pada Persatuan Jamaah Islam dan Halaqah Dakwah(JIHAD)Malaysia telah dijemput oleh pihak Majlis Belia dan Sukan Jajahan Tumpat,Kelantan untuk mengadakan persembahan pertunjukan  Seni Bela Diri Aliran Ninja  ( Sufi Ryu Ninjutsu) di Pantai Sri Tujuh Kelantan bersemperna Karnival  Fiesta Belia Satu Malaysia anjuran Majlis Belia dan Sukan,Kelantan.


  
 Pertunjukan seni bela diri  ninja itu berlansung  seawal jam 9.00pagi dan diwakili oleh lima belas ahli sufi Ryu ninjutsu daripada  Sufism Martial Arts Academy(SMAC).Sehubungan dengan itu,melalui persembahan  ini teryata  memberi satu input  dan gambaran yang baru kepada pengunjung yang hadir  tentang seni bela diri ninja yang ternyata masih baru didalam dunia seni bela diri  di Malaysia khusunya.Dan rata-rata penonton yang menyaksikan menunjukkan reaksi terhibur dengan aksi-aksi dan adengan-adengan yang dipamerkan oleh  para Sufi Ryu Ninjutsu.




Pada sebelah malam pulanya, para Syabab As-suffah  diberi sekali lagi pengiktirafan oleh Pihak Majlis Belia dan Sukan untuk  membuat persembahan Seni Kompang Formasi bagi menyerikan majlis pada malam itu.Persembahan ini turut disertai oleh lima belas ahli Syabab As-suffah yang begitu bersemangat walaupun menghadapi kesuntukan masa  untuk membuat persiapan tetapi berkat pertolonngan dari Allah SWT semuanya berjalan lancar dan dengan jayanya.Selain itu,majlis pada malam itu ditutupi dengan lantunan Selawat dan Salam buat Baginda Rasulullah SAW yang dialunkan juga oleh para Syabab  As-suffah yang secara tidak lansung hal ini menjadi satu medium dakwah melalui mengeksposkan kesenian dan kebudayaan.




Justeru itu,kami mewakili pihak Jamaah Islam dan Halaqah Dakwah(JIHAD)Malaysia dan daripada  Sufism Martial Arts Academy(SMAC)  mengucapkan sekalung ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Belia dan Sukan  Khususnya  jajahan Tumpat,Kelantan diatas implementasi kerjasama yang baik ini.Semoga usahasama in diberkati Allah SWT dan dapat diteruskan pada masa akan  datang.~iNSYAALLAH~.

~Video Persembahan Sufi Ryu Ninjutsu:Klik disini~  

By: Jihad Publication


PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.