MUQADDIMAH
(JIHAD) MALAYSIA.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala Puji-Pujian Bagi ALLAH Pemilik Sekalian Alam.
Selawat dan Salam atas junjungan kita
Sayyidina
Mursyidil Kamil Rasulullah SAW.
Mursyidil Kamil Rasulullah SAW.
SEKILAS PANDANG
Banyak jemaah di dunia yang tumbuh dengan membawa ideologi perjuangan yang tersendiri khususnya di nusantara yang rata-rata mendukung bendera syiar dalam skala yang lebih menjurus kepada keilmuan semata-mata sehingga perdebatan demi perdebatan seringkali dianjurkan dalam membahaskan posisi pengetahuan mereka mengikut perspektif diri masing-masing.
Dari dulu sehingga sekarang, perbahasan tentang isu & hukum yang sama tidak pernah selesai malah semakin menemui ranjau yang membuntukan. Mangsanya adalah masyarakat awam yang keliru di sempadan amal untuk memilih cara hidup beragama sehingga di kalangan mereka mengeluh bingung memikirkan betapa agama itu sangat susah sekali untuk diamalkan. Kesudahannya mereka lari dari agama yang berpunca dari kemaharajalelaan & percakaran golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama'.
KENALI PERSATUAN JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH ( JIHAD )
JIHAD adalah singkatan dari Jemaah Islam dan Halaqah Dakwah iaitu (J) singkatan perkataan Jemaah, (I) singkatan perkataan Islam, (HA) singkatan perkataan Halaqah dan (D) singkatan perkataan Dakwah.
Perkataan JEMAAH berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud Persatuan. Skala Jemaah di sini lebih memfokuskan kepada Komuniti masyarakat majmuk yang beragama ISLAM. Perkataan HALAQAH juga berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud Kumpulan atau sinonimnya USRAH. Dalam terjemahannya di sini lebih memberi pengertian kepada kumpulan pergerakan DAKWAH.
( Syeikh Dr. Wan Muhammad Khari Bin Haji Wan Ismail ) [ PENGASAS PERSATUAN JIHAD ] |
Kesimpulannya, maksud PERSATUAN JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH dapat dirumus sebagai Wadah Penyatuan dan Perpaduanyang berasaskan Ukhuwwah dan Silaturrahim sesama umat Islam melalui Penyelidikan dan Pembangunan Sains Dakwah yang berlandaskan Iktiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah sebagai ukuran dan pegangan terhadap Kesatuan dan Pergerakan Alternatif umat Islam di Malaysia.
Alhamdulillah, JIHAD Malaysia telah berjaya DIDAFTARKAN secara RASMI dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Logo JIHAD Malaysia
Untuk Maklumat lanjut tentang (JIHAD) Dan mengdaftar Ahli Klik:http://jihadmalaysia.blogspot.com
(LOKASI KE RAUDHAH AS-SUFFAH) |
Asalamu'alaikum Wr. Wb.
BalasPadamSaya hanya ingin menyampaikan ini untuk dibuka dan dipelajari kemudian dijadikan sebuah program kerja dalam rangka mencegah pemurtadan umat islam.
Silahkan buka di alamat ini :
https://islamquranhadist.wordpress.com/