MENGKAJI TENTANG WUDHU MEMBERI SINAR HIDAYAH KEPADA PROFESOR
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air
segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara
kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama
Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
(sekadar gambar hiasan) |
Hikmah
Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan
hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan
rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan
muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan
benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu
yang harus dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan
bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering
berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan
kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban
setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan
aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip
mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium
hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota
badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk
melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam
ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga
hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga
dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan
oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih
dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana
dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan
terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam
Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi
junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah
SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari
wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai
orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada
Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual
merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim
al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah
S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air
ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau
memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan
berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama
sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka
sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu
membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi
lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke
arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian
beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau
berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan
mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah
sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang
keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada
kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri
daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat
(memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan
dosa-dosa besar.
Wallahu’alam.
Sumber: http://www.queachmad. com
BY:JIHAD PUBLICATION
0 comments
Catat Ulasan