Rabu, 1 Januari 2014

[ MOTIVASI ] AKU DAN MATLAMAT
Unknown7:04 PG 0 comments

 {MOTIVASI}


AKU DAN MATLAMAT

MATLAMAT?Adakah aku mempuyai  matlamat?Jika ya,Apakah matlamat Aku?Sahabat,tenangkan sejenak fikiran anda?Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan satu unsur yang amat berkaitan dengan kesempurnaan,kecemerlangan hidup anda.Berkomunikasilah dengan diri anda dengan menjawab persoalan tersebut



Matlamat ialah sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai oleh seseorang individu.Persolannya,adakah anda mempuyai matlamat?! Sebelum anda menjawab persoalan ini,perlu diketahui segala tingkahlaku dan tindakan manusia  berarahkan untuk merialisasikan matlamat keperluan masing-masing.

-Matlamat mempuyai dua sifat- :

Pertama : Matlamat Tidak Sedar
Kedua    : Matlamat sedar

  Apakah yang dimaksudkan matlamat tidak sedar dan
matlamat sedar?Matlamat Tidak Sedar,seumpama matlamat anda makan tengahari untuk mengeyangkan perut.Makan bermatlamat untuk menghilangkan lapar(keperluan fisiologi ) serta mendapatkan tenaga.Ini bermaksud Matlamat Tidak Sedar terbentuk tanpa anda sedari dan tidak dirancang.Manakala matlamat sedar hasil daripada komunikasi  didalam diri anda sendiri secara sedar dan dirancang pembentukannya.Contoh,anda meletakkan matlamat 10A dalam SPM.

  Apakah matlamat Aku?Tanyalah diri anda dengan
teliti,selongkarlah perkara ini dengan berhati-hati,mencari matlamat sedar diri anda sendiri.Adakah anda juga begitu?!Sahabat,cuba senaraikan semua matlamat hidup anda dengan serta merta,sekiranya anda benar mahu membangunkan diri anda kearah kecemerlangan!Adakah matlamat anda bersifat tepat ,jelas dan harmonis?

  Tepat! Tepat maksud pembinaan matlamat hidup anda adalah bersesuaian dengan keadaan,keperluan,kekuatan dan kelemahan diri anda.Matlamat anda juga bertepatan dengan kecenderungan  dan minat anda.Unsur ini penting bagi memastikan anda tidak merasa jemu dan membuatkan anda berasa semangat.Contohnya aku ingi n menjadi seorang Doktor kerana minatku dalam bidang biologi.

 
Jelas! Matlamat matlah berbeza dengan angan-angan.Matlamat jauh dari  unsur kekaburan dan khayalan.Matlamat mestilah bersifat realistik,boleh diukur dan dijelaskan dengan terperinci.Kejelasan matlamat menjauhkan diri anda dari kehilangan arah dan mengatur strategi bagi merealisaikan matlamat anda.Sebagai contoh  matlamat Aku pada  tahun ini ingin mendapat  A dalam semua subjek.

  Harmonis! Matlamat yang anda bina ini pastikan itu tidak menekan jiwa dan metal anda.Matlamat anda bersifat sederhana dan mampu dicapai dan bersifat tenang.Kepentingan unsur ini ,matlamat yang anda bentuk dapat dicapai dengan sempurna  dan dengan keseluruhan tanpa ada kecacatan.Ini juga dapat mengelakkan anda berasa tertekan dan kecewa.Namun,keharmonian matlamat tidak bermaksud anda tidak boleh membina matlamat yang tinggi atau besar.

 
Ketiga-tiga unsur ini membantu diri anda untuk menyusun matlamat anda gar lebih bersisitematik dan menyeronokkan. Dan apa yang paling penting adalah berusaha merangka  dan melaksanakan strategi.Bukan sekadar membina matlamat.


(E-magazine Majalah 3-i) Edisi Safar
In Category :
{TERBITAN} EXTRO PUBLICATIONS COLUMNIST 3-I E-MAGAZINEFacebook and Twitter

0 comments

Catat Ulasan

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.