-PENGAIL FAQIR-
DIARI SEORANG PERINDU
5.00PM:
Angin sempoi-sempoi lembut menyentuhi badanku, sentuhannya membelahi potongan
rambutku,membuatkan rambutku yang disikat tengah berkusau-kusau seperti lalang
ditiup angin. Rambutku mesti disikat tengah,itulah yang diajarkan arwah ibu
dulu. Teringat aku akan kata-kata ibuku”Menyikat rambut dengan belah tengah itu
sunnah anakku,kita tidak mampu hendak berjuang hanya mengikut sunnah adalah
salah satu bukti cinta kita pada "Kekasih" ”. Kekasih!!! itulah Rasullullah S.A.W
yang aku maksudkan, Pembela dan Pemyampai Agama Islam.
Ketenangan yang dapat aku rasakan tatkala berada disawah pada hari
ini.Ditambahkan pula,dengan keadaan alam yang Allah Azza Wajalla ciptakan di
kawasan sawah,angin-angin meniup pepohon, kicauan burung-burung yang bermain di
celah-celah padi ditambahkan lagi dengan keadaan langit yang mendung.Ya Allah sungguh indah ciptaanMU ini. Keadaan yang cukup sempurna untuk buat aku
mengelamun.
Tiba-tiba...
Aku
dikejutkan oleh seorang pesawah daripada arah belakang.
Pesawah:
Assalamualaikum nak,hai buat apa kat sini petang-petang ni?
Aku:
Waalaikummussalam,Oh..Pak Bilal,hehe..tak ada la.saja duduk kat sini
sekejap,sambil ambil angin petang yang nyaman dan sungguh tenang.Untuk
hilangkan stress sikit.hehehe(sambil mata memerhatikan sesusuk tubuh yang
berada didepanku sekarang,sesusuk tubuh yang sederhana dan penuh comot dengan
tanah liat dibadan dan seluarnya,sesusuk tubuh yang baru sahaja selesai
bersawah.Hah! Inilah Bilal kampungku, siapa tidak kenal dengan
beliau,orangnya tawadduk dan bersederhana,walaupun sudah tua tetapi masih
mampu istiqomah ke sawah dan juga ke masjid).
Pesawah:
Mencari ketenangan? Tenang ke?(sambil senyum).Anak,hendak tahu tak apa lagi
yang mampu membuatkan kita tenang selain ini?.
Aku:
Hehe...boleh jugak. apa tu?kataku(dengan nada yang agak serius untuk
mengetahui).
Pesawah:
Dengan melihat wajah Kekasih dan maksud Kekasih yang Pakcik maksudkan disini
bukan awek-awek hang tau, Kekasih nie adalah Nabi kita dan Junjungan kita NABI
Muhammad S.A.W tatatkala kita dapat melihat wajahnya hancur segala
kebatilan,hilanglah segala keresahan,hilanglah sifat mecintai duniawi.ALLAH!
sungguh indah dan beruntung bagi sesiapa yang dapat menatap wajahNYA tidak kira
dalam terjaga mahupun didalam mimpi.Senyuman Baginda SAW mampu membuatkan
hatimu damai,keresahanmu hilang diganti kedamaian. ALLAH! wahai anakku
cintailah Baginda SAW,carilah wasilahmu,carilah cara untuk dirimu sentiasa
didalam pandangan Baginda SAW.Anak tahu bagaimana bentuk tubuh badan NABI
MUHAMMAD S.A.W? (sambil memegang bahuku).
Aku:
Emm..oo..terima kasih Pak Cik,emm jujurnya saya tak tahu.(sambil wajahku
bertukar malu dengan kata-kata Pak Bilal).
Pesawah:
emm..tak pa jangan malu-malu belajar dan terus belajar.Nanti balik cari buku
Biografi Baginda,dan baca...dalam buku tu ada perihal bentuk tubuh badan
Baginda.Baiklah lah ingat pesan Pak Cik ni.Sekarang,dah pukul 6.30 petang
nie,pak cik balik dulu ye dan jangan balik lambat,mengelamun jangan lama-lama.
Sekejap lagi pergi masjid solat maghrib bersama.boleh kita sambung bual.Satu
lagi,sekejap lagi pergi awal tau,tolong laungkan azan, ganti Pak Cik..
Assalamualaikum.
Aku:
InsyaALLAH...Waalaikum mussalam.(sambil senyum)
9.00PM:
Setelah
pulang daripada masjid terus aku masuk bilik.Dari maghrib sampai
sekarang,hatiku masih tertanya-tanya. Bagaimanakah bentuk tubuh badan Baginda
SAW? Teringat kata-kata pesawah tadi semasa berborak selepas solat maghrib.Kata
beliau”Benda kebaikan jangan kita tangguhkan,nak buat terus buat,jangan tunggu
lama-lama,kalau tidak benda tu lama-lama kita tidak akan buat”.
Terus
aku bangun daripada katil dan menggagahi diri untuk ke bilik adikku dan
meminjam buku ini(BIOGRAFI RASULLULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM) karya Rusydi
Ramli Al-Jauhari.
Aku
menatapi buku itu,sehelai demi sehelai aku mencari,sehinggalah terjumpa sebuah
hadis perihal bentuk tubuh badan Baginda SAW.Ya, inilah yang aku cari.Aku
terbaca sebuah Hadis Baginda SAW.
Maksudnya: Diceritakan
oleh Abu Raja’ Qutaibah bin Said daripada Malik bin Anas,daripada Rabi’ah bin
Abi Abdul Rahman, daripada Anas bin Malik bahawa sesungguhnya dia
mendengar,”sesungguhnya Rasullullah tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu
rendah, kulitnya tidak terlalu putih melepak,tidak juga terlalu hitam, rambutnya
tidak terlalu kerinting, tidak juga terlalu lurus dan ALLAH melantikNYA sebagai
rasul ketika umurNYA 40 tahun, maka beliau berada di makkah 10 tahun, di
madinah 10 tahun,dan wafatnya ketika berumur 60 tahun, di kepala dan janggutnya
tidak melebihi 20 helai uban.- riwayat bukhari dan muslim-.
(Riwayat oleh Muhammad
bin Bashar Al-‘Abdi, dari Muhammad bin Ja’far, dari Syu’bah, dari Abi Ishrad,
yang bersumber dari Al-Bara bin Azib r.a)
YA
ALLAH..Sungguh indahnya kekasihMU..Jadikanlah aku seorang umatNYA yang bertuah
dan dapat menatap wajah BAGINDA..Amien..terus aku berdoa berulang-ulang kali
selepas mengetahui bentuk tubuh baginda. YA RASULLULLAH SAW.. sungguh indah
mencintaimu,betapa ruginya umat yang melupakanmu...terusku tidur dengan buku
ini sambil mengalir laju airmata ini.
By-(EXTRO Publication) -3-I E-MAGAZINE COLUMNIST
Tip of the World - Titanium Shift knob - ATITIA
BalasPadami, microtouch trimmer titanium titanium pry bar shift knob, black, titanium shift knob, white, babyliss titanium flat iron titanium welding titanium shift, blue, gray, and titanium plate blue. All new. $21.