Sesungguhnya,sebagai seorang hamba yang ingin mendekatkan dirinya dengan Allah SWT dalam meraih Redhanya pentingnya bagi kita memahami akan sebuah konsep kesyukuran di dalam kita mengecapi nikmat Ilahi.Sedar mahupun tidak sedar nikmat Allah SWT itu sentiasa mencurah buat sekalian hambanya tetapi timbul sebuah persoalan adakah kita sebagai seorang hamba sudah benar mensyukuri nikmatnya atau tidak mengambil peduli untuk memahami akan sebuah nilai kesyukuran.
Di dalam Al-quran Allah SWT telah berfirman"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.“(QS. 2:152) berdasarkan ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa akan pentingnya mensyukuri nikmatnya sehingga manfaat yang diperolehi oleh seseorang yang bersyukur itu akan ditambah nikmatnya dan mendapat nikmat yang paling besar yaitu kedekatan hubungannya dengan penciptanya yakni Allah SWT.
Hakikinya,sebuah tuntunan seorang hamba untuk bersyukur sebenarnya adalah sebuah nikmat yang diberi oleh Allah SWT pada hambanya sebagai tanda kasih sayangNya kerana tidak mungkin akan gugur sehelai daun dari dahan melainkan dengan izin Allah SWT, begitulah jugalah kita hambanya tidak mungkin kita dapat mensyukuri nikmatNya melainkan dengan izin Allah SWT Tuhan yang Maha Menyayangi akan sekalian hambanya.Tambahan lagi,didalam kita meimplementasikan sebuah penzahiran kesyukuran bukanlah sebatas hanya di lisan sahaja tetapi juga melalui perbuatan kita seperti yang dijelaskan oleh sebahagianUlama bahawa aplikasi syukur itu terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya dengan badan (bi al-badan), hati, (bi al-qalb) dan harta (bi al-mal).
Justeru itu,sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan beberapa majlis dan program yang telah diadakan di Raudhah Assuffah maka pihak Gagasan Eksplorasi Teknologi Rohani( EXTRO ) telah menganjurkan sebuah majlis mengacau bubur Assyura pada tarikh 30 November 2013 bertempat di Raudhah As-suffah.Alhamdulillah,Majlis ini dihadiri oleh sekalian ikhwan&akhwat Raudhah Assuffah bagi memanifestasikan sebuah kedalaman rasa Cinta dan kesyukuran masing-masing disamping mengeratkan hubungan sillaturahim sesama ahli keluarga Assuffah.
“Jika memang ada suatu cara yang dapat ditiru dalam pengabdian (ibadah) kepada Allah bagi hamba-Nya, yang paling taat, yang lebih baik daripada bersyukur di setiap kesempatan, maka Allah akan menganggap cara pengabdian itu melebihi segala ciptaan yang lain. Karena sesungguhnya, tidak ada bentuk pengabdian yang lebih baik dari pada bersyukur di setiap kesempatan, Dia telah memilihnya menjadi bentuk pengabdian terunggul daripada bentuk-bentuk pengabdian yang lainnya.(Imam Ja’far Ash-shadiq ra.)
Laporan disediakan oleh:Asror Bayu ( Kolumnis Majalah 3-I )
By-(EXTRO Publication) -3-I E-MAGAZINE COLUMNIST
0 comments
Catat Ulasan