"Wahai manusia,sesungguhnya kami telah ciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan,dan Dia jadi kamu pelbagai kaum dan puak supaya kamu saling berkenalan dan berkasih sayang..."[al-Hujarat:13]
Krisis kemanusiaan di peringkat global berpunca daripada hilangnya fitrah kasih sayang dalam diri.Rasa persaudaraan sesame sesame islam seolah-olah tidak dapat direalisasikan lagi pada zaman ini,terutama bila semua sudah pentingkan nilai material dan kedudukan.Benarlah sabda Nabi,suatu hari nanti semua musuh islam akan bersepakat menghancurkan umat islam,bukan kerana mereka sedikit,tapi mereka banyak,umpama buih dilautan.Hancur ditiup angin atau terhempas dek ombak besar.{Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad daripada Thawban}Puncanya ialah kurang iman,bila tiada iman,tidak akan lahir kasih sayang..
Perumpaan kasih sayang ialah seperti dedaun yang
kehijauan.yang menjalar daripada sebuah pokok yang segar akarnya.Begitulah kasih
sayang,yang bermula daripada keimanan kepada ALLAH SWT dan rasa
ubudiyyah(kehambaan).Akar pohon yang tidak sihat pasti melahirkan pepohon yang
kekuningan dedaunnya
.Tanpa iman yang kuat,kasih sayang kehijauan tidak akan
lahir.
Kasih sayang tanpa IMAN adalah kasih sayang yang
dicipta.Bukan kasih sejati.Seorang ibu yang memberikan harta dan
kemewahan,serta menjaga anak-anaknya dengan baik sudah dianggap memberikan
kasih sayang.Padahal kasih sayang yang lebih maknawi ialah peranan ibu dan
bapa,serta individu lain kepda Tuhan Pencipta alam.Hanya dengan mengenal ALLAH,menanam
iman dan rasa kehambaan,barulah lahir kasih sayang yang sebenar.Dan itulah
kasih sayang hakiki.
Bila kasih sayang itu sudah subur menghijau,bunga-bunga
sifat mahmudah(sifat terpuji) akan
muncul.Harum,dan indah sekali.Lahirnya insan yang jujur dengan diri dan amanah
dengan orang lain.Sekiranya,ada sedikit perbezaan pendapat,masing-masing
bertolak ansur,demi kasih sayang.Sebagaimanasabda Nabi SAW.”Tidak beriman
seseorang itu sehingga dia menyayangi dirinya sendiri”.{Muttafaq ‘Alyh dari
Anas bin Malik R.A.}Iman dan kasih sayang tidak dapat dipisahkan.
by:kandungan majalah FAJAR keluaran EXTRO PUBLICATION
0 comments
Catat Ulasan