Isnin, 16 September 2013

(METAFIZIK) TINDAKAN DAN KESAN AROMA
Unknown7:45 PTG 0 comments




..Tindakan Dan Kesan Aroma TERAPI...            



   Aroma mempuyai kesan yang baik dalam proses pemulihan dan peningkatan daya fizikal,emosi,mental dan rohani manusia.Perbicaraan berkenaan aromaterapi itu sendiri adalah sangat luas bukan sekadar berkisarkan tentang terapi yang dimanfaatkan melalui deria bau (pernafasan)semata-mata malah merangkumi beberapa kaedah melalui urutan,mandian dan sebagainya.Namun,perbincangan kita hanyalah berkisar kepada perkara asas yang dapat difahami umum dan mudah diamalkan oleh semua individu yang  memerlukannya.

     Pengamal aromaterapi percaya bahawa pati minyak(essential oil) dapat memasuki  dan memberi kesan kepada minda dan tubuh melalui dua prinsip laluan asas iaitu:


  1.   System Penghiduan
  2.  Kulit



    Para pengkaji telah membuktikannya secara saintifik melalui kajian penghiduan dan kesan minyak pada minda di universiti-universiti UK dan USA.Ia membuktikan bahawa pati minyak bertindak sebagai pencetus kepada sistem saraf pusat apabila  nafas disedut melalui teknik penghiduan manakala ia akan bertindak menyerap melalui saluran-saluran halus (capillaries) dan sel-sel tisu apabila ia digunakan pada kulit.



Kesan Pati Minyak(Aroma) Melalui Penghiduan

                 

     Apabila aroma disedut,zarah-zarah pati minyak berkenaaan secara langsung akan masuk ke bahagian atas hidung,yang terletaknya sel-sel reseptor(receptor cells) pada sistem penghiduan.Setiap sel reseptor berkenaan menjulur keluar bulu-bulu nipis(cilia)yang mana ia menerima  dan menghantar maklumat tentang aroma melalui sistem penghiduan kepada pusat otak.Dari sini ,maklumat elektro-kimia akan dihantar langsung ke kawasan otak yang peka terhadap bau. Pencetus berkenaan akan membebaskan neurokimia(neurochemical)yang mana ia dapat  memberikan kesan pelalian,ketenangan,rangsangan atau keriangan kepada individu berkenaan.Setengah maklumat itu ada yang menggantikan bahagian pada tubuh kepada kesan secara fizikal.Bahagian-bahagian aroma juga  ada yang memasuki ke bahagian bawah hidung terus ke paru-paru. 




                                                                                                              By:Kandungan majalah FAJAR keluaran  EXTRO    AUTHOR:ABI(DR.Wan Khairi bin Wan Ismail)

Hak cipta:EXTRO Media Publications


                            
                         

>>>>>>>SAMBUNGAN KESAN PATI MINYAK (AROMA)TERHADAP KULIT<<<<<<<<AKAN DATANG(KLIK DISINI)


In Category :
{TERBITAN} EXTRO PUBLICATIONS COLUMNIST 3-I E-MAGAZINEFacebook and Twitter

0 comments

Catat Ulasan

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.