" Salam Maal Hijrah buat Seluruh UMAT ISLAM daripada kami Persatuan Jamaah Islam & Halaqah Dakwah ( JIHAD ) Malaysia "
" Hayati sebuah PERJUANGAN & PENGORBANAN dari PERISTIWA Hijrah Nabi MUHAMMAD SAW dan Para SAHABAT..."
" Tekadkan AZAM untuk BERHIJRAH menjadi HAMBA yang lebih Dekat dengan ALLAH & RASULULLAH SAW..
Semoga HIJRAH kita sebuah HIJRAH yang IKHLAS agar Kita sentiasa diTUNTUN ALLAH SWT untuk terus BERISTIQOMAH dalam sebuah TRANSFORMASI diri untuk menjadi HAMBA yang TAAT dan bersifat UBUDIYYAH "
IMBASAN PROGRAM MIHRAB MAHABBAH RASULULLAH SAW 1436H/2015M
9 Jamadi Awwal 1436 / 29 Februari 2015 :-
Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) di bawah Persatuan Jama’ah
Islam dan Halaqah Dakwah ( JIHAD ) Malaysia telah menganjurkan sebuah program
cinta Rasul yang diberi nama Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW. Program
tersebut bertempat di Dewan Johor yaitu dewan utama Universiti Malaya , Nilam
Puri. Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW yang berlansung pada malam hari
itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat
terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa .
Program sebegini , di anjurkan
oleh pihak Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) bagi memupuk serta melahirkan rasa
cinta kepada Rasulullah SAW kepada masyarakat yang kian lama cinta kepada
Rasulullah SAW semakin terhakis di hati masyarakat Islam masa kini. Selain itu
, program ini juga di laksanakan bagi menyatukan hati –hati umat Islam yang
selama ini berpecah di antara satu sama lain lantaran perbezaan politik , ideologi mahupun sosial maka sesuailah nama yang di tentukan program ini yaitu Mihrab
yang mana boleh diistilahkan sebagai satu tempat yang dihadap bersama dan mahabbah
bermaksud cinta yang semoga kita umat Islam mengenepikan segala perbedaan lalu
kita bersatu di atas satu cinta yaitu cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah
SAW. Program ini , diwarnai dengan pelbagai slot yang menarik dalam pelbagai
bentuk platform penyampaian
seperti tazkirah , puisi , pentomin dan qasidah agar nilai yang hendak di
terjemahkan dapat di salurkan dalam pelbagai bentuk metodologi penyampaian . Aturcara
Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :-
Imbasan Tentatif Program Mihrab Mahabbah Rasulullah SAW 1436H/2015M
"Sebaik-baik MANUSIA diantaramu adalah yang paling banyak MANFAATNYA bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Pernyataan Sabda hadis di atas jelas menunjukkan akan ciri2 menjadi manusia yang baik di sisi ALLAH SWT ialah menjadi seorang hamba yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Lantaran itu , gambaran manusia yang TERBAIK ialah Baginda Rasulullah SAW kerana hadirnya Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil A'lamin yang mana Baginda Rasullullah SAW menjadi sebuah wadah Rahmat Ilahi , lalu disampaikan Rahmat Cinta itu sebagai nilai2 manfaat buat sekalian Alam sebagai manifestasi Cinta Allah buat sekalian hambaNya.
Umum masyarakat di Malaysia mengetahui tahun 2014 bumi Kelantan khususnya telah diuji dengan ujian banjir besar yang mengakibatkan kerugian yang besar. Sehubungan dengan itu , Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) komited bergerak menyambung perjuangan Rasulullah SAW melalui implementasi sebagai KHADAM RASULULLAH SAW bagi meneruskan menyampaikan sebuah Rahmat Cinta Allah SWT kepada Alam.
Misi pasca banjir diatur bagi membantu sedikit sebanyak mangsa-magsa banjir yang terjejas akibat banjir.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bermula 7 januari 2015 Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) telah membuat pengumpulan barangan keperluan dari segi makanan , pakaian dan keperluan asas . Pelbagai NGO mahupun secara individu banyak memberi sumbangan bagi membantu proses pengumpulan.
Misi kali ini diteruskan , dengan mengagihkan barang - barang yang di kumpul kepada sekalian mangsa banjir yang terjejas teruk . Melihat setiap senyuman mangsa banjir menjadikan pihak kami terharu tenyata dalam keaadan yang begitu mereka masih lagi tersenyum walaupun di hati mereka begitu terkesan dengan ujian ini . Hanya Alllah sahajalah yang dapat membalas sebaik -baik pembalasan buat hambanya yang bersabar T-T.
Pihak kami juga , bertindak membersih rumah - rumah mangsa banjir serta tempat awan yang masih belum diselenggarakan. Melalui gabungan pelbagai NGO misi pembersihan di di fokuskan di sebuah sekolah pendalaman yaitu Sekolah di Pulau Beluru.
Alhamdulillah , semoga sedikit daripada usaha Sukarelawan Belia Islam ( SBI ) ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan semoga segala usaha yang di korbankan dari segi tenaga mahupun kewangan di catat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT dan semoga ianya menjadi Selawat dan Salama buat Sayyiduna Muhammad SAW. InsyaALLAH :-)...
KISAH KEHEBATAN KEBERANIAN PEMUDA ABDULLAH IBNU ZABIR RADIYALLAHU A'NHU (sekadar gambar hiasan) P ada tahun 20 sebelum hijrah...
JOM!!! BERFORUM
.
-JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH MALAYSIA [ JIHAD ]-
REG NO( PPM-020-03-13012014 )
SUKARELAWAN BELIA ISLAM
LAGU RASMI JIHAD
ASSALAMUA'LAIKUM
..Salam Mahabbah&Ukhuwwah....Dari kami Syabab As-suffah salah sebuah Organisasi daripada Pertubuhan Jemaah Islam Dan Halaqah Dakwah Malaysia [ JIHAD ]
Dan Selamat Datang ke blog Syabab Assuffah..
Semoga paparan E-MAGAZINE 3-I yang Kami sediakan memberi seribu manfaat buat sekalian para
Pecinta Rasulullah SAW..
yang sering dahagakan cintanya..Selain itu kami juga berharap setiap paparan yang kami sediakan turut memberi sebuah CETUSAN INSPIRASI buat anda. Sebarang maklum balas dan komen serta cadangan dari anda amat dihargai..TERIMA KASIH-