:SYARAH HADIS
BERSAMA:PANGERANG ADI
عن أنس
رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وصحبه و سلم قال :
((
أتمواالركوع والسجود,فوالذي نفسي بيده إني لأراكم من وراء
ظهري إذا ركعتم و إذا
سجدتم)). (رواه البخاري و مسلم)
Bermaksud :
Dari pada Anas
Rodiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Sempurnakanlah
(dengan tuma'ninah) rukuk dan sujud, demi diriku yang berada di tanganNya
sesungguhnya diriku melihat kalian dari belakang punggungku apabila kalian
rukuk dan sujud (HR. Bukhori dan Muslim)
Pengenalan Periwayat :
Nama beliau adalah Anas
bin Malik Al-An Shori Al-Khuzroji, Baginda Rasulullah SAW memberikan kuniah
kepada beliau dengan sebutan Abi Hamzah, beliau menjadi khodam kepada Baginda
Rasulullah SAW sejak umur sepuluh tahun, ibu beliau bernama Ummu Salim RA,
beliau juga pernah di doakan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan doa sebagai
berikut :
اللهم أكثر ماله
وولده وأطل عمره وبارك له و ادخله الجنة
Bermaksud:
Ya Allah banyakkanlah
hartanya (Anas bin Malik) dan anak keturunannya dan juga panjangkanlah umurnya
serta berkatilah dirinya dan masukanlah ia ke dalam surga.
Dari doa tersebut maka
beliau (Anas bin Malik) mendapat anak seramai seratus dua puluh orang dan beliau
berumur panjang sehingga seratus tahun, beliau meninggal di kota Basrah pada
tahun 92 H.beliau juga banyak meriwayatkan hadits dari Baginda Rasulullah SAW
sebanyak dua ribu dua ratus delapan puluh enam (2286) hadits
Syarah hadits :
Hadits ini menerangkan
bahwa Baginda Rasulullah SAW menyuruh kepada umatnya untuk selalu berada khusu' di dalam sholat yakni tenang dan menyempurnakan di
setiap gerakan solat, baik
sunnah-sunnahnya maupun adab-adabnya.
Khusu' adalah menetapkan
jiwa sehingga menimbulkan jiwa dan raga tenang dalam beribadah.
Berkata ulama : bahwa
Baginda Rasulullah SAW melihat dengan mata yang sebenarnya.
Berkata Ibnu Hajjar :
Timbulnya hadits ini adalah khas buat dalam keadaan sholat.
Hikmah
yang dapat di ambil dari hadis diatas adalah :
1.
Bahawa kita dianjurkan untuk selalu bersikap baik di
dalam solat baik zahir maupun batin,kekhusu'an dan kesempurnaan dalam gerakan
solat.
2.
Di perbolehkan bersumpah dengan menggunakan nama Allah
SWT walaupun tidak penting sangat atau terdesak, akan tetapi sunnah
meninggalkannya melainkan ada hajat
3.
Merupakan suatu isyarat atau tanda irodah (kehendak)
Allah SWT dalam mengatur hambanya yakni Baginda Rasulullah SAW, Allah SWT memberikan
kelebihan kepada Baginda Rasululah SAW atas IrodahNya dan Kekuatan pandanganNya.
4.
Merupakan suatu isyarat atau tanda bahwa Baginda
Rasulullah SAW sangat malu sehingga harus sangat berhati-hati
untuk bermuroqabah.
5.
Berlaku sopan
menghadap kepada Allah SWT untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan
maksud SYUHUD AKBAR ( menyaksikan kebesaran Allah SWT)
Mawaahibul Manan Syarah Ahadits Nuurul Imaan oleh Sayyid Muhammad bin
Mustofa As Segaf dan Syekh Umar bin Husin al Hafidz
E-magazine Majalah 3-I