Ahad, 29 September 2013

(SIRAH SAHABAT RASUL) KISAH KEHEBATAN KEBERANIAN PEMUDA ABDULLAH IBNU ZABIR RADIYALLAHU A'NHU
Unknown9:38 PTG 0 comments

KISAH KEHEBATAN KEBERANIAN PEMUDA 
ABDULLAH IBNU ZABIR RADIYALLAHU A'NHU

(sekadar gambar hiasan)
Pada tahun 20 sebelum hijrah  Usman Radiyallahu A'nhu,Khalifah yang ketiga telah melantik Abdullah Bin Abi  Sarah radiyallahu a'nhu sebagai gabenor Mesir dan Amir bin Alas sebagai timbalanya. Abdullah radiyallahu a'nhu bersama 20 ribu orang mujahidin mara kehadapan untuk bertemu para tentera Romawi yang berjumlah 200 ribu orang.Peperangan ini amatlah dasyat sekali.Panglima tentera Romawi yaitu Jarjir telah membuat satu pengistiharan dengan berkata:

''Sesiapa yang membunuh Abdullah akan mendapat anak perempuan saya untuk dikahwin serta mendapat hadiah wang sebanyak seratus ribu dinar''

 Sesetengah orang-orang Islam tertarik dengan pengistiharan itu ,apabila Abdullah  radiyallahu a'nhu  telah diberitahukan tentang perkara tersebut  beliau telah berkata ''Tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh kita 
kerana kita boleh mengistiharkan bahawa sesiapa yang membunuh Jarjir akan mendapat hadiah berkahwin dengan anak perempuannya,seratus ribu dinar sebagai hadiah dan melantik sebagai gabenor di Romawi''.

Pertempuran ini amat dasyat sehingga berlarutan dalam masa yang panjang.Abdullah  radiyallahu a'nhu telah berjaya mengesan Jarjir yang sedang duduk di belakang tenteranya dibawah sekaki payung yang diperbuat dari bulu-bulu burung merak yang dipegang oleh dua orang hamba perempuan.

Abdullah  radiyallahu a'nhu berseorangan diri merentasi tentera Romawi itu dan mendekati Jarjir.Beliau menyerang Jarjir dengan pedangnya dan terus memancung kepalanya.Kemudian dia meletakkan kepala Jarjir di hujung lembingnya dan kembali ke khemahnya dan menjadikan ketakjuban bagi kedua-dua belah pihak akan keberanian yang tiada tandingan itu.

Suatu masa,apabila para sahabat berhijrah ke madinah tiada seorang anak lelakipun yang dilahirkan oleh orang-orang muhajirin selama setahun selepas hijrah.Orang-orang yahudi telah berkata mereka telah menyihir orang-orang muhajir agar tidak melahirkan anak lelaki.

Abdullah radiyallahu a'nhu adalah anak lelaki yang pertama dilahirkan oleh muhajirin mekah.Orang-orang Islam amatlah gembira dengan kelahiran itu .Rasulullah SAW biasanya tidak mengizinkan kanak-kanak mengankat sumpah ketaatan kepada Baginda.Sebaliknya ,Abdullah radiyallahu a'nhu mendapat penghormatan  untuk mengankat sumpah penghormatan mengankat sumpah ketaatan kepada Baginda SAW pada usia tujuh tahun.

Semasa peperangan dengan tentera Romawi itu Abdullah radiyallahu a'nhu hanya berumur dalam linkungan dua puluhan.Sunguh hebat sekali keberanian yang ditunjukkan oleh Abdullah radiyallahu a'nhu yang sepatutnya diterapkan didalam jiwa  oleh para syabab Muslim pada hari ini.




                                                           By-(EXTRO Publication And Media team)

(NUR SRIKANDI) Kisah Taubat Seorang Perempuan
Unknown8:36 PTG 0 comments

KISAH TAUBAT SEORANG PEREMPUAN


Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. 

Pada suatu hari Rasulullah duduk di dalam masjid, sementara para sahabat beliau duduk mengelilingi beliau. Beliau mengajari, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.

Majlis tersebut dipenuhi oleh sahabat besar Nabi .

Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid. Kemudian Rasul pun diam, dan diam pula para sahabat beliau .

Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.

Hingga dia sampai kepada Rasulullah , kemudian dia berdiri di hadapan beliau, dan mengabarkan kepada beliau bahwa dia telah berzina!

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!”


Apa yang diperbuat oleh Rasulullah ?

Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut?

Tidak, bahkan memerahlah wajah beliau hingga hampir-hampir menitiskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang shalihah, wanita yang keimanannya telah menancap di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya: “Pergilah, hingga engkau melahirkannya.”
Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung putranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, diapun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata: “Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”

Maka Nabi pun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik karena merasakan sakit dan sedih, dikarenakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat.
Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya?

Maka Nabi bersabda: “Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.”
Maka wanita itupun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahunpun bergulir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. 

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!”

Dia dan keadaannya sungguh sangat menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. Tiga tahun lebih atau kurang, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.
Nabi mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan akan tegak.

Nabi bersabda: “Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di sorga seperti ini…” Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam.

Dalam sebuah riwayat bahwa Nabi memerintahkan agar wanita itu dirajam, kemudian beliau menshalatinya. Maka berkatalah Umar : “Anda menshalatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.” Maka beliau bersabda: “Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah ?” (HR. Ahmad)


Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syetan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah.



                                                                                                               


                                                                                                    (sumber-slamber.blogspot.com)

Isnin, 16 September 2013

(METAFIZIK) TINDAKAN DAN KESAN AROMA
Unknown7:45 PTG 0 comments




..Tindakan Dan Kesan Aroma TERAPI...            



   Aroma mempuyai kesan yang baik dalam proses pemulihan dan peningkatan daya fizikal,emosi,mental dan rohani manusia.Perbicaraan berkenaan aromaterapi itu sendiri adalah sangat luas bukan sekadar berkisarkan tentang terapi yang dimanfaatkan melalui deria bau (pernafasan)semata-mata malah merangkumi beberapa kaedah melalui urutan,mandian dan sebagainya.Namun,perbincangan kita hanyalah berkisar kepada perkara asas yang dapat difahami umum dan mudah diamalkan oleh semua individu yang  memerlukannya.

     Pengamal aromaterapi percaya bahawa pati minyak(essential oil) dapat memasuki  dan memberi kesan kepada minda dan tubuh melalui dua prinsip laluan asas iaitu:


  1.   System Penghiduan
  2.  Kulit



    Para pengkaji telah membuktikannya secara saintifik melalui kajian penghiduan dan kesan minyak pada minda di universiti-universiti UK dan USA.Ia membuktikan bahawa pati minyak bertindak sebagai pencetus kepada sistem saraf pusat apabila  nafas disedut melalui teknik penghiduan manakala ia akan bertindak menyerap melalui saluran-saluran halus (capillaries) dan sel-sel tisu apabila ia digunakan pada kulit.



Kesan Pati Minyak(Aroma) Melalui Penghiduan

                 

     Apabila aroma disedut,zarah-zarah pati minyak berkenaaan secara langsung akan masuk ke bahagian atas hidung,yang terletaknya sel-sel reseptor(receptor cells) pada sistem penghiduan.Setiap sel reseptor berkenaan menjulur keluar bulu-bulu nipis(cilia)yang mana ia menerima  dan menghantar maklumat tentang aroma melalui sistem penghiduan kepada pusat otak.Dari sini ,maklumat elektro-kimia akan dihantar langsung ke kawasan otak yang peka terhadap bau. Pencetus berkenaan akan membebaskan neurokimia(neurochemical)yang mana ia dapat  memberikan kesan pelalian,ketenangan,rangsangan atau keriangan kepada individu berkenaan.Setengah maklumat itu ada yang menggantikan bahagian pada tubuh kepada kesan secara fizikal.Bahagian-bahagian aroma juga  ada yang memasuki ke bahagian bawah hidung terus ke paru-paru. 




                                                                                                              By:Kandungan majalah FAJAR keluaran  EXTRO    AUTHOR:ABI(DR.Wan Khairi bin Wan Ismail)

Hak cipta:EXTRO Media Publications


                            
                         

>>>>>>>SAMBUNGAN KESAN PATI MINYAK (AROMA)TERHADAP KULIT<<<<<<<<AKAN DATANG(KLIK DISINI)


Rabu, 11 September 2013

(DIARI SYABAB AS-SUFFAH) IMBASAN KEM KOMBAT 4(2012)
Unknown12:56 PG 0 comments



..IMBASAN KEM KOMBAT 4..


ANGKATAN PANJI HITAM
...SUFISM MARTIAL ARTS ACADEMY (SMAC) 

TARIKH :
07 - 09 SAFAR 1434H
(21HB - 23HB DISEMBER 2012M)
3 HARI 2 MALAM (JUMAAT - AHAD)

   
                                                          KERJASAMA :
                         PEJABAT BELIA & SUKAN TUMPAT, KELANTAN - MALAYSIA.
                  PERTUBUHAN EKSPLORASI TEKNOLOGI ROHANI (EXTRO) MALAYSIA

                                                          SILIBUS SMAC:
                                                  SUFI RYU NINJUTSU
                                             (Seni Beladiri Ninja Aliran Sufi) 

                                                     GERAK GEMPUR :
  •   SENI OLAH TEMPUR
  •   SENI TEMPUR TANPA SENJATA
  •   SENI TEMPUR BERSENJATA
  •   SENI TEMPUR TAKTIKAL

                                            LAPOR DIRI & GERAK GEMPUR :



LAPOR DIRI di buka seawal SOLAT SUBUH pada HARI JUMAAT (07 Safar 1434H) Di RAUDHAH AS-SUFFAH. Setelah SOLAT SUBUH BERJEMAAH, setiap IKHWAN turut sama-sama membaca HIZB UL-JIHAD yang merupakan HIMPUNAN AWRAD yang KHUSUS untuk meraih PERTOLONGAN & KEMENANGAN dalam PERJUANGAN terhadap MUSUH-MUSUH ZAHIR & BATIN.

Seterusnya berawal 07.30 pagi, GERAK GEMPUR (1) di mulakan dengan melibatkan SENI OLAH TEMPUR. Dalam LATIHAN ini, para IKHWAN di dedahkan dengan kaedah pernafasan & pembangkitan TENAGA DALAM sebagai MEMBUKA POTENSI TERSEMBUNYI.

Seterusnya GERAK GEMPUR (2) diteruskan dengan pendedahan SENI TEMPUR TAKTIKAL di mana
para IKHWAN di ajar beberapa keilmuan seperti UKEMI, ARUKI, SUI REN dan sebagainya yang merupakan ILMU-ILMU PARA NINJA yang di gunakan untuk tujuan GERAKAN TANPA BUNYI, PENYUSUPAN, PENYAMARAN, GERAKAN DALAM AIR serta beberapa teknik KHAS yang UNIK.

Latihan dilanjutkan dengan GERAK GEMPUR (3) yang berhubung SENI TEMPUR BERSENJATA. Para IKHWAN diberi pendedahan berhubung SENI PEDANG SAMURAI dengan APLIKASI JURUS 5, JURUS 6 & JURUS 2 dengan FALSAFAH SUFISTIK yang tersendiri.

Setelah itu dalam GERAK GEMPUR (4), mereka di ajarkan SENI TEMPUR TANPA SENJATA dengan pendekatan FREE STYLE FIGHTING dengan DISIPLIN ILMU BELADIRI TOMOI atau MUAY THAI. Tidak ketinggalan dengan beberapa gerakan Rahsia Ilmu pertempuran terbuka ala-komando


."AMANAH DI BAHU KAMI MENJAGA KEDAULATAN AGAMA, BANGSA &TANAH AIR."

PERASMIAN :
Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Abdul Qadir @ Musa al-Kalantani selaku PENASIHAT telah di jemput bagi MERASMIKAN KEM KOMBAT (4) ANGKATAN PANJI HITAM. 
 
Di dalam TAUSIYYAHnya, beliau memberi WASIAT-WASIAT yang sangat berharga sebagai dorongan & semangat kepada para IKHWAN untuk bangkit BERLATIH ATAS NAMA ALLAH & RASUL. Suntikan kata beliau sekaligus memberi cabaran kepada IKHWAN untuk menggandang AMANAH memikul Tanggungjawab dalam mempertahankan KEDAULATAN AGAMA, BANGSA & NEGARA. 

Beliau berkali-kali mengingatkan agar UMMAH TIDAK LUPA & ALPA lebih-lebih lagi bergelumang dalam NAJIS PERPECAHAN yang MENGHANCURKAN PERPADUAN UMMAH. MISI PENYATUAN adalah MISI NABI Shallallahu 'alaihi wasallam. Jangan di rosakkan dengan kepentingan atas nama perjuangan yang sempit bagi KEPENTINGAN PERIBADI sesuatu KAUM atau PARTI POLITIK. ISLAM adalah KEAMANAN & KESEJAHTERAAN. Maka jangan DIPORAK PERANDAKAN dengan KEKECOHAN yang MEMBURUKKAN NAMA ISLAM sebagai AGAMA YANG SUCI dari paparan AKHLAK UMMAH yang tidak BERTAMADUN.

"UMMAH LEMAH KERANA PERPECAHAN..."
"BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT"

Al-Fadhil Tuan Guru di beri PERSALINAN ASHAAB AR-RAAYAT AS-SUUD sekaligus membangkitkan Semarak LAUNGAN TAKBIRNYA yang disahut pula TAKBIR oleh seluruh IKHWAN bergegar memenuhi ALAM SEMESTA. 

Sebelum Al-Fadhil Tuan Guru meninggalkan RAUDHAH, para IKHWAN telah membuat persembahan BELADIRI di hadapan beliau sebagai EKSPRESI SENI dalam menzahirkan kesanggupan MENJUNJUNG AMANAH ALLAH & RASUL.

                         
" TAAT SETIA KAMI MENJUNJUNG TITAH SULTAN 
SEBAGAI TONGGAK AGAMA, BANGSA & NEGARA"


BY:EXTRO PUBLICATION&MEDIA

Selasa, 10 September 2013

Menyemai Kasih Iman Menyubur Sayang
Unknown12:51 PG 0 comments



 ...MENYEMAI KASIH IMAN MENYUBUR SAYANG...


"Wahai manusia,sesungguhnya kami telah ciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan,dan Dia jadi kamu pelbagai kaum dan puak supaya kamu saling berkenalan dan berkasih sayang..."[al-Hujarat:13]
    Krisis kemanusiaan di peringkat global berpunca daripada hilangnya fitrah kasih sayang dalam diri.Rasa persaudaraan sesame sesame islam seolah-olah tidak dapat direalisasikan lagi pada zaman ini,terutama bila semua sudah pentingkan nilai material dan kedudukan.Benarlah sabda Nabi,suatu hari nanti semua musuh islam akan bersepakat menghancurkan umat islam,bukan kerana mereka sedikit,tapi mereka banyak,umpama buih dilautan.Hancur ditiup angin atau terhempas dek ombak besar.{Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad daripada Thawban}Puncanya ialah kurang iman,bila tiada iman,tidak akan lahir kasih sayang..

    Perumpaan kasih sayang ialah seperti dedaun yang kehijauan.yang menjalar daripada sebuah pokok yang segar akarnya.Begitulah kasih sayang,yang bermula daripada keimanan kepada ALLAH SWT dan rasa ubudiyyah(kehambaan).Akar pohon yang tidak sihat pasti melahirkan pepohon yang kekuningan dedaunnya
.Tanpa iman yang kuat,kasih sayang kehijauan tidak akan lahir.

   Kasih sayang tanpa IMAN adalah kasih sayang yang dicipta.Bukan kasih sejati.Seorang ibu yang memberikan harta dan kemewahan,serta menjaga anak-anaknya dengan baik sudah dianggap memberikan kasih sayang.Padahal kasih sayang yang lebih maknawi ialah peranan ibu dan bapa,serta individu lain kepda Tuhan Pencipta alam.Hanya dengan mengenal ALLAH,menanam iman dan rasa kehambaan,barulah lahir kasih sayang yang sebenar.Dan itulah kasih sayang hakiki.


Bila kasih sayang itu sudah subur menghijau,bunga-bunga sifat mahmudah(sifat  terpuji) akan muncul.Harum,dan indah sekali.Lahirnya insan yang jujur dengan diri dan amanah dengan orang lain.Sekiranya,ada sedikit perbezaan pendapat,masing-masing bertolak ansur,demi kasih sayang.Sebagaimanasabda Nabi SAW.”Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi dirinya sendiri”.{Muttafaq ‘Alyh dari Anas bin Malik R.A.}Iman dan kasih sayang tidak dapat  dipisahkan.



by:kandungan majalah FAJAR  keluaran EXTRO PUBLICATION

Ahad, 8 September 2013

SUFI RYU NINJUTSU(SENI BELA DIRI NINJA ALIRAN SUFI)
Unknown7:51 PTG 0 comments

Sufism martial art academy-
malaysia-(smac)-

SUFI RYU NINJUTSU(SENI BELA DIRI NINJA ALIRAN SUFI)

SHINOBI-NINJA Silibus Alternatif Seni Gerak Rahsia Batin (SILAT SUFI) yang terdapat di dalam Sufism Martial Arts Academy (SMAC) ialah Sufi Ryu Ninjutsu (Seni Beladiri Ninja Aliran Sufi). Rahsia-rahsianya dimasukkan di dalam Panji - Seni Tempur Taktikal sebagai pendedahan kepada ikhwan terhadap teknik-teknik sulit yang lazimnya diguna pakai oleh para ninja atau sekarang sebahagiannya telah diterapkan ke dalam pasukan-pasukan elit komando dsb. Bagaimanapun, Sufi Ryu Ninjutsu yang mana ia merupakan satu-satunya aliran yang terdapat di (SMAC) MALAYSIA punyai keunikan yang tersendiri yang tidak terdapat dalam mana-mana aliran ninja lain di dunia. Ini kerana sifat SUFI yang diterapkan di dalamnya menghasilkan nilai seni yang tersendiri yang berakar kepada prinsip-prinsip spritualisme.
(Sensei Sufi Ryu Ninjutsu( Bertopeng )-Guru Utama SMAC Malaysia-  bersama
 Sensei San Moon Nakamura- Guru Utama NIC Indonesia- )
Secara umumnya, Ilmu dari para pendekar Ninja terbahagi kepada 19 TEKNIK yang harus dikuasai oleh seseorang Ninja. ini yang membezakan keahlian seorang Samurai dan Ninja. Untuk menjadi seorang Samurai mereka di wajibkan menguasai 6 hingga 8 jutsu sahaja.

1. SEISHIN TEKI KYOYO (pemurnian jiwa)
Ninja sangat mengandalkan pemahaman dan pengenalan jati diri, tenaga fizikal, kekuatan dan kelemahan diri, serta seberapa besar daya pengaruh dirinya terhadap lingkungan persekitaran. Seorang ninja harus mengetahui dengan tepat dan benar maksud, kehendak, komitmen dan motivasi hidupnya. Perbezaan kecil sahaja dalam tingkat kematangan jiwa dapat membezakan antara hidup atau mati. Latihan daya tahan mental, cara melihat dan menganalisa keadaan diberikan bersamaan dengan pelatihan fizikal. Dengan pemahaman dan penghayatan yang dalam terhadap proses universal, seorang ninja akan menjadi seorang pendekar yang bijak, berjiwa kental kerana memiliki pengetahuan yang didasari falsafah yang tinggi. Penglibatan ninja dalam suatu pertarungan sering dimotivasikan oleh niat untuk melindungi dan kecintaan bagi yang dilindungi. Tidak dibenarkan terjadi seorang ninja bertarung kerana semata-mata atas alasan ganjaran kewangan.

2. TAI JUTSU (tempur tangan kosong)
Merupakan panduan ilmu keterampilan dan keahlian yang merangkumi:
1) DAKEN-TAIJUTSU : iaitu kemahiran memukul, menendang dan menangkis.
2) JU-TAIJUTSU : iaitu gumul (grappling), cekik dan melepaskan diri dari kuncian.
3) TAIHEN-JUTSU : ilmu gerak tanpa suara meliputi kaedah berguling, melompat dan jatuh. Kemahiran ini diperlukan pada saat terancam atau pada situasi bertahan.

3. NINJA KEN (pedang ninja)
Pedang seorang ninja merupakan pedang pendek lurus bermata tunggal. Pedang ini merupakan senjata utama seorang ninja. Untuk menggunakan pedang ini dituntut dua keahlian utama Iaitu:
1) ilmu menarik pedang dengan cepat namun halus gerakannya sekaligus menghayunnya untuk memotong,
2) keahlian setangkas bermain anggar saat berlawan dengan musuh.

4. BO JUTSU (jurus tongkat dan bilah)

Terdapat dua (2) tongkat yang digunakan iaitu :
1) BO (tongkat panjang) – sekitar dua (2) meter
2) HANBO (tongkat pendek) – sekitar satu (1) meter.
Terdapat juga senjata dari bilahan buluh yang apabila dibuka di dalamnya ada mata pedang yang sepintas kelihatan seperi tongkat biasa sahaja.

5. SHURIKEN JUTSU (kepingan senjata lempar)
Terdapat dua bentuk alat yang digunakan sebagai ilmu melempar senjata ke arah musuh iaitu :
1) SENBAN SHURIKEN – Kepingan besi dengan mata tajam yang bersisi empat seperti bintang. Senban shuriken dilempar sambil diputar dan berpusing sehingga dapat menancap dengan efek gergaji.
2) BO SHURIKEN – Alat menyerupai paku lempar yang dilempar dengan cepat satu persatu atau bersamaan beberapa bilah hingga terlihat seperti kilatan jarum terbang.

6. YARI JUTSU (jurus tombak)
Tombak digunakan dalam pertarungan jarak sederhana untuk menangkis dan meredam serangan dari lawan.

7. NAGINATA JUTSU (jurus pedang bertongkat)
Merupakan sebuah pedang pendek yang ulunya dibuat panjang seukuran tombak. Ia lazim digunakan oleh para ninja untuk menikam, membelah dan memotong lawan yang berada dalam jarak sederhana. Aliran Ninja Togakure menggunakan golok atau pedang besar dari China. Ia digunakan untuk menyerang para samurai dan merobohkan tentera berkuda.

8. KUSARI GAMA (jurus rantai dan bandul)
Berupa rantai sepanjang dua (2) hingga tiga (3) meter yang diberi bandul pada salah satu hujungnya. Pada hujung yang lain dikaitkan pada ulu arit tradisional jepun. Rantai digunakan untuk menangkis serangan senjata lawan. Sedangkan bilah arit akan dipakai untuk menghabisi lawan yang sudah terjerat. Senjata rantai dan bandul yang disukai oleh para ninja aliran Togakure adalah kyoketsu-soge iaitu pisau lengkung yang ulunya dipasangi tali halus dari rambut kuda atau rambut perempuan manakala hujung tali yang satu lagi diberi cincin besi besar.

9. KAYAKU JUTSU (Ilmu peledakan dan pembakaran)
Para ninja sangat ahli dalam penempatan, waktu, merakit dan pemasangan sistem penghancur samada ia menggunakan sistem peledakan atau pembakaran.

10. HENSO JUTSU (ilmu menyamar dan membaur)
Ilmu ini sangat diperlukan pada saat melakukan mata-mata atau perisikan. Selain mahir membuat identiti palsu dan mengalihkan perhatian orang, ninja juga dikenal bergerak tanpa dapat dikesani.

11. SHINOBI IRI (Ilmu mengintai dan menyusup)
Ilmu ini mengajarkan cara bergerak, berjalan dan lari tanpa mengeluarkan bunyi. Ia termasuk kemampuan berjalan dan berlindung di bawah bayangan benda lain.

12. BA JUTSU (Ilmu berkuda)
Salah satu persyaratan bagi anggota ninja adalah mampu bertempur di atas belakang kuda selain daripada kemampuan menunggang kuda dengan cara yang baik dan benar dalam segala keadaan dan medan. Ilmu ini sekarang boleh dikaitkan juga sebagai kemampuan mengenderai segala jenis kenderaan samada kereta, motorsikal dan sebagainya. Malah lebih dari itu mampu memanipulasikan kenderaan tersebut bagi tujuan serangan dan pertahanan dalam pertempuran dengan musuh.

13. SUI REN (ilmu tempur di dalam air)
Meliputi teknik mengintai dengan cara berenang, bergerak tanpa bunyi di dalam air, cara menggunakan perahu khusus / rakit dan alat apungan untuk mengembang di atas air serta teknik perkelahian di dalam air.

14. BO RYAKU (ilmu strategi)
Merupakan ilmu menggunakan taktik yang tak lazim digunakan dalam keadaan bertahan mahupun saat berada dalam pertarungan terbuka. Sering seorang ninja memanfaatkan kondisi dan situasi iklim sekitar untuk melaksanakan misinya tanpa perlu terlalu banyak menggunakan kerahan tenaga sendiri.

15. CHO HO (ilmu mata-mata/perisikan – spionase)
Mendalami dan memahirkan teknik spionase termasuk cara merekrut dan menempatkan orang yang digunakan sebagai mata-mata dengan cara yang paling efektif. Seiring dengan zaman, mereka juga sering memanfaatkan peralatan dengan teknologi semasa dan terkini dalam menjayakan misi mereka.

16. INTON JUTSU (teknik meloloskan diri dan menghilang)
Ninja terkenal dengan kepandaiannya untuk melolos tanpa dapat dikesan dengan bantuan kondisi dan situasi alam sekitar.

17. TEN MON (Meteorologi)
Memprediksi atau meramal dan memanfaatkan cuaca dan musim merupakan bahagian penting yang harus diperhitungkan dalam pertarungan. Seorang ninja dilatih terus menerus untuk membaca tanda-tanda alam sampai yang paling kecil supaya dapat memperhitungkan keadaan, cuaca malah menang / kalah dalam sesuatu pertempuran. Dalam SMAC, mereka akan di bekalkan dengan ilmu-ilmu firasat dan petua orang-orang terdahulu sehingga ia akan sangat bermanfaat sebagai pedoman menghadapi lawan malah kehidupan keseluruhannya.

( Mahir Dalam Mengatur & Menyusun Strategi )
18. CHI MON (Geografi)
Merupakan teknik pemanfaatan dan pengolahan alam.

19. KUJI-IN (ilmu kunci sembilan)
Dalam pemahaman sebenar Kuji-in boleh di sifatkan sebagai ilmu kebatinan aliran ninja. Bagaimanapun, di SMAC keilmuan itu diterapkan dalam versi ilmu hikmah yang bertepatan dengan prinsip kesufian. Dengan demikian maka lengkaplah sebuah perpaduan ilmu Sufi Ryu Ninjutsu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual.

( Sesi Latihan di Pusat Latihan (SMAC) MALAYSIA )

( Ahli Sufi Ryu Ninjutsu Berpakaian  lengkap Uniform  Rasmi Sufi Ryu Ninjutsu --
SMAC-MALAYSIA)

          “ HIDUP SEBAGAI MUJAHIDIN MATI SEBAGAI SEORANG SYUHADA “


 SELAIN daripada  SENI BELADIRI ALIRAN NINJA -SUFI RYU NINJUTSU-SUFISM MARTIAL ARTS ACADEMY MALAYSIA (SMAC) turut MERANGKUMI beberapa ALIRAN SENI BELADIRI yang UTAMA seperti SENI SILAT SUFI,WING CHUN,MUAY THAI dan LAIN-LAIN lagi.


KLIK UNTUK:-SENI SILAT SUFI

KLIK UNTUK:-WING CHUN

KLIK UNTUK:-MUAY THAI( TOMOI )

Sebarang Pertanyaan Lanjut:
Boleh menghubungi:013-6503411
                                 019-9467527
atau Emel kami:Syababassuffah@gmail.com 
facebook:syababassuffah

PAPARAN POPULAR

JOM!!! BERFORUM

.